Skip to main content

News

Majlis Bacaan Surah Yaasin, Tahlil, Doa Kesyukuran & Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah sempena Sambutan Hari Pos Sedunia

Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin, Tahlil, Doa Kesyukuran dan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah Sempena Hari Pos Sedunia Tahun 2022. Majlis telah diadakan pada hari Isnin, 10 Oktober 2022, pada jam 2.30 petang bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas.
Hadir di majlis itu ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah yaasin dan tahlil dikhususkan untuk pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos yang telah kembali kerahmahtullah dan diteruskan dengan membaca doa perlindungan wabak Covid-19 bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.
Majlis membaca surah yaasin, tahlil, doa kesyukuran dan sembahyang fardhu asar berjemaah sempena Hari Pos Sedunia 2022 ialah bertujuan untuk memperingati Penubuhan Jabatan Perkhidmatan Pos Negara Brunei Darussalam yang ke-116 tahun dan juga memperingati sambutan Hari Pos Sedunia ke-148 tahun yang jatuhnya pada setiap 9 Oktober setiap tahun.
Di samping itu, majlis juga adalah merupakan wadah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama pegawai dan kakitangan di Jabatan Perkhidmatan Pos dan memohon keredhaan Allah Subhanahu Wataala jua.
Turut hadir ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-pengarah Bahagian di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Eksekutif, pegawaipegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos.
Disediakan oleh:
Jabatan Perkhidmatan Pos
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi​