Skip to main content

News

Majlis Bertahlil Di Kubah Makam Diraja bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Di Bawahnya Bagi Tahun 1444H/2023M

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi di bawahnya telahpun mengadakan Majlis Bertahlil dan Doa Arwah bagi Al-Marhum Sultan Hai Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji `Abdul `Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, pada hari ini di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Inforkomunikasi.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Abdul Najib Syazwan bin Shahrani, Imam Tingkat I, Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis.
Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja merupakan acara keugamaan tahunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi di bawahnya yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dan memperolehi ganjaran pahala berlipat ganda serta keberkatan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Yang Mulia Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Ketua-Ketua Eksekutif, Ketua-Ketua Jabatan, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi di bawahnya.
Disediakan oleh:
Jabatan Perkhidmatan Pos
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam