Skip to main content

News

Majlis Doa Selamat Bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Dan Jabatan-Jabatan Serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya Bagi Tahun 1445H/2024M

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi bakal-bakal jemaah haji yang dikelolakan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) pada hari ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC).
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunkasi yang kemudianya menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada 6 orang bakal jemaah haji yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunkasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Haji Syamsul Nizam bin Haji Badar, Pegawai Hal Ehwal Masjid dan seterusnya diserikan dengan ceramah khas bertajuk ‘Ahlan Wa Sahlan Duyuf Ar-Rahman’ yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Awang Muhammad Najib bin Haji Awang, Pegawai Perkembangan Ugama daripada Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan bakal-bakal jemaah haji, agar dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam keadaan sihat serta memperolehi haji yang mabrur.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Ketua Eksekutif, Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan, PegawaiPegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, JabatanJabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya.
Disediakan oleh: 
Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam
07 Zulkaedah 1445/16 Mei 2024
Ruj: PREO/PR/03/2024