Skip to main content

News

Majlis Doa Selamat dan Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi di bawahnya telah mengadakan Majlis Doa Selamat dan Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada ketua-ketua Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi di bawahnya bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokommunikasi.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Awang Haji Mohammad Ashraf bin Haji Bujang, Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan diikuti dengan bacaan doa memohon kemudahan dan kelancaran segala urusan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi semasa Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Pengagihan Kurma oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi kepada Ketua-Ketua Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi di bawahnya.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Ketua-Ketua Eksekutif, Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi di bawahnya.