Skip to main content

News

Majlis Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Hari Kajicuaca Sedunia 2023

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat pada petang ini sempena menyambut Hari Kajicuaca Sedunia 2023. Majlis didahului dengan sembahyang fardhu Zohor berjemaah dan diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil beramai-ramai dan Doa Selamat serta Doa Dihindari dari Wabak Penyakit Covid-19. Majlis telah berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen.
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunkasi.
Hari Kajicuaca Sedunia disambut setiap tahun pada 23 Mac bagi memperingati berkuatkuasanya konvensyen Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) pada tahun 1950. Hari Kajicuaca Sedunia juga disambut bagi menghargai sumbangan-sumbangan penting yang diberikan oleh PerkhidmatanPerkhidmatan Kajicuaca dan Hidrologi Kebangsaan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di seluruh dunia. Pada tahun ini, Hari Kajicuaca Sedunia diraikan dengan tema yang dipilih iaitu ‘Masa Depan Cuaca, Iklim dan Air Merentas Generasi’ (‘The Future of Weather, Climate and Water Across Generations’).
Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Pemangku Pengarah Kajicuaca selaku Pengerusi Majlis, Ketua-Ketua Eksekutif, Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya.
Disediakan oleh:
Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam