News
Majlis Pelancaran ‘Kempen Isi Selamat, Rasa Selamat (Fill Safe, Feel Safe) 2022’, Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM)
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi telah melancarkan ‘Kempen Isi Selamat, Rasa Selamat (Fill Safe, Feel Safe) 2022’ Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) di Bangunan PGGMB, Bandar Seri Begawan.

Kempen bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan yang berterusan di stesen-stesen minyak dan akan berjalan selama empat minggu yang memfokuskan kepada garispanduan dan peraturan-peraturan khusus bagi melindungi petugas-petugas, yang juga dikenali sebagai Juara Servis, pelanggan-pelanggan dan pengunjung-pengunjung ke stesen minyak supaya mengelakkan risiko berlakunya sesuatu insiden yang tidak diingini.

Yang Berhormat Pengiran Dato ketika memberi ucapan perlancaran juga menyarankan bagi semua pihak termasuk Brunei Shell Marketing, pengusaha-pengusaha stesen minyak bagi terus memantau prestasi keselamatan di stesen-stesen minyak dan mengambil tindakan sewajarnya kepada sebarang ketidakpatuhan. Disamping itu, Yang Berhormat Pengiran Dato mengingatkan orang ramai untuk tidak leka dalam melaksanakan usaha kearah menjadikan pengunaan jalan raya di negara kita lebih selamat dan membudayakan minda kepada keselamatan, patuh kepada peraturan, menyesuaikan diri dengan keadaan jalan, keadaan cuaca dan sedar akan pengguna yang lain serta sentiasa berwaspada.
.jpeg)
[photos: @bruneishellmarketing]