Skip to main content

News

Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran Sempena Bulan Ramadan Tahun 1445H/2024M bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya telah mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi, bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB), pada hari ini. Majlis telah dikelolakan oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan.
Majlis didahului dengan sembahyang fardhu Zohor berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Imam Awang Haji Mohammad Ashraf bin Haji Bujang, Imam Surau LTAB. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan disusuli dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran, dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), ketua-ketua eksekutif, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.
Majlis ini merupakan salah salah satu aktiviti keagamaan kementerian berkenaan dalam sama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan.
-TAMAT-
Disediakan oleh:
Pusat Kebangsaan E-Kerajaan
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam
E-mel: corpcomms@egnc.gov.bn
Tel: 2424955
Laman sesawang: www.egnc.gov.bn