Skip to main content

News

Majlis Pembukaan Tedarus Al-Qur’an Sempena Bulan Ramadhan Tahun 1444H/ 2023M Bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan termasuk Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Dibawahnya

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Pihak-Pihak Berkuasa Di Bawahnya telah mengadakan Majlis Pembukaan Tedarus Al-Qur’an sempena bulan Ramadhan Tahun 1444 Hijrah bersamaan 2023 Masihi di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB), pada hari ini.
Majlis didahului dengan sembahyang fardhu Zohor berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Imam Awang Haji Mohammad Ashraf bin Haji Bujang, Imam Surau LTAB dan kemudiannya diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Salihin bin Awang Haji Aspar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap dan diikuti dengan bacaan Ayat Al-Qur’an beramairamai. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Eksekutif, Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya.
Disediakan oleh:
pr@mtic.gov.bn
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam