Skip to main content

News

Majlis Penutup Dikir Sempena Maulud Nabi Muhammad S.A.W. bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan termasuk Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya bagi Tahun 1444 Hijrah / 2022 Masehi

​Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah mengadakan Majlis Penutup Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di malam terakhir iaitu Jumaat, 12 Rabiulawal 1444 Hijrah bersamaan 7 Oktober 2022, jam 6.05 petang, bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Negara Brunei Darussalam (LTAB) sempena memperingati sambutan hari keputeraan junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diadakan kesemua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara.

Majlis Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan termasuk Agensi dan Pihak Berkuasa di bawahnya diadakan di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei selama dua belas (12) malam berturut-turut mulai Hari Isnin 1 Rabiulawal 1444 bersamaan 26 September 2022.
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Majlis dimulakan dengan menunaikan sembahyang fardhu maghrib berjemaah dan diselajurkan dengan membaca tahlil dan doa. Setelah selesai, majlis telah diselajurkan dengan berdikir dan seluruh warga dibawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi bersama-sama membawakan “Dikir Assalamualaika”.
Sementara itu, majlis juga diteruskan dengan menunaikan sembahyang Isya’ berjemaah. Selepas sahaja mengadakan sembahyang berjemaah, seterusnya dikir disambung dengan membawakan “Dikir Asyarakal” serta di akhiri dengan Doa Dikir dan Doa Peliharakan Sultan.
Turut hadir, Yang Mulia Setiausaha Tetap, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-pengarah Bahagian di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Eksekutif, pegawaipegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan serta Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya.
Disediakan Oleh: Jabatan Perkhidmatan Pos