Skip to main content

News

Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN Ke-12 (IAMMSTI-12) 22 Jun 2023, Negara Brunei Darussalam

Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) telah mempengerusikan Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (IAMMSTI) ASEAN Ke-12 yang telah bersidang pada 22 Jun 2023 di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Brunei Hotel.  Mesyuarat tersebut telah dirasmikan di sebelah pagi semasa Persidangan dan Pameran Masa Depan Digital yang bertempat di Indera Samudra Ballroom, The Empire Brunei.
Semasa  IAMMSTI ke-12, Mesyuarat  bertukar-tukar pandangan mengenai dengan strategi bagi neutraliti karbon di ASEAN kearah mencapai pertumbuhan yang mampan bersandarkan kepada Sains, Teknologi dan Inovasi.  Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi turut mengongsikan mengenai inisiatif-inisiatif Negara Brunei Darussalam serta perkembangan kearah mencapai neutraliti karbon melalui pendekatan senegara (“whole of nation approach”) berpandukan Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam (“Brunei Darussalam National Climate Change Policy”).
 
Di samping itu, Mesyuarat telah meluluskan Joint Media Statement yang mengandungi cadangan-cadangan dari hasil Mesyuarat Komiti Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN Ke-83 yang dipengerusikan oleh Negara Brunei Darussalam pada 20 – 21 Jun 2023 antaralainnya (i) mengukuhkan struktur urustadbir Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) ASEAN; (ii) penggunaan ASEAN Science, Technology and Innovation Fund (ASTIF) dengan lebih berkesan, (iii) perkembangan terkini mengenai kerjasama dalam sektor STI dengan Rakan-rakan Dialog ASEAN dan (iv) status pencapaian dalam melaksanakan ASEAN Plan of Action on Science, Technology and Innovation (APASTI) 2016-2025 serta persiapan bagi menyediakan dokumen jangka masa 10 tahun, APASTI 2026-2035; dan (v) menekankan kepentingan “Public-Private Partnership” dalam mendokong kerja-kerja Komiti STI ASEAN dan seterusnya mencadangkan penglibatan sektor swasta dalam keahlian Board of Advisers to COSTI (BAC).
Selain itu, sebanyak lima (5) key deliverables juga diluluskan oleh Mesyuarat di bawah sektor STI sebagai Keutamaan Tahunan (“Annual Priorities”) 2024, seperti berikut:-
(1) Establish the ASEAN Technology Management Hub (Phase III), co-led by Cambodia and Indonesia;
(2) Develop the ASEAN Regional Research Infrastructure Strategy (Phase II), led by Thailand;
(3) Establish the ASEAN Startup Initiative, led by Malaysia;
(4) Establish the ASEAN Talent Mobility Community, led by Thailand; and
(5)   Implement the ASEAN Energy Resilience Assessment Guideline: Capacity Building on Energy Resilience Assessment, led by Thailand.
Mesyuarat juga dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Agung untuk Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), Tuan Yang Terutama Satvinder Singh.  Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah Yang Mulia IR. Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) selaku Pengerusi Mesyuarat Komiti Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN Ke-83, Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) dan Yang Mulia Awang Haji Mohd Salihin bin Haji Aspar, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan) serta pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.
Disediakan oleh:
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi,
Negara Brunei Darussalam
03 Zulhijjah 1444H / 22 Jun 2023