News
Program Promosi Kaunseling (2PK) anjuran Bahagian Perkhidmatan Kaunseling, Jabatan Perkhidmatan Awam Bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Seramai lebih 66 orang pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah menghadiri ‘Taklimat Program Promosi Kaunseling (2PK)’ yang disampaikan oleh Bahagian Perkhidmatan Kaunseling (BPK), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC).
Program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran warga perkhidmatan awam mengenai perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh BPK, di samping mengurangkan stigma terhadap kaunseling serta memperkenalkan Buku Panduan dan Kod Etika Kaunseling yang digunapakai.
.jpeg)

Selain sesi taklimat, para pegawai dan kakitangan turut berpeluang berinteraksi secara langsung dengan kaunselor-kaunselor BPK untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut mengenai kaunseling. Program ini turut disertakan dengan sesi soal jawab dan aktiviti kuiz interaktif yang menambahkan kefahaman serta penglibatan peserta.
Melalui pelaksanaan Program 2PK ini, diharapkan warga perkhidmatan awam khususnya di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan di bawahnya akan lebih memahami fungsi dan peranan BPK, menyedari usaha-usaha yang telah dijalankan, dan seterusnya mengikis persepsi yang kurang tepat terhadap kaunseling.