News
Sesi Retreat Rebiu Pertengahan (midterm review) Pelan Strategik MTIC 2025
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) mengadakan sesi retreat bagi rebiu pertengahan (midterm review) bagi Pelan Strategik MTIC 2025 pada 17, 18 dan 23 Ogos 2022.
Objektif utama Retreat Session tersebut adalah bagi meneliti sejauh mana pencapaian MTIC 2025 setakat ini, serta untuk mengkaji semula Strategic Key Performance Indicators (KPIs), sasaran (Targets) dan Strategic Initiatives (SIs) jika ianya masih relevan atau ada keperluan untuk dikemaskini/ ditambahbaik, disamping memastikan ianya dapat dicapai selaras dengan perkembangan masa kini dalam Sektor Pengangkutan dan Infokomunikasi yang sentiasa berubah dari masa ke semasa.
Hadir pada sesi retreat tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Timbalan Setiausaha Tetap; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan serta pegawai-pegawai Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-agensi dibawahnya.

