Speeches
Jerayawara Sistem Mata Demerit Negara Brunei Darussalam
TEKS UCAPAN
Yang Mulia Awg Abdul Mutalib bin POKSSDP Haji Mohd Yusof
Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan
Semasa Jerayawara Sistem Mata Demerit Negara Brunei Darussalam
Khamis, 29 Mac 2012,
Dewan Persidangan, Jabatan Bandaran, Kuala Belait
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
DAN SELAMAT PAGI
Yang Mulia Awang Haji Haris bin Othman, Pegawai Daerah Belait;
Yang Mulia Awang Haji Khalid bin Haji Mustafa, Pengarah Pengangkutan Darat
Yang Mulia Inspektor Awg Fadillah bin Haji Ibrahim, wakil Pesuruhjaya Polis, Polis DiRaja Brunei,
Yang Mulia Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung, perwakilan dari Syarikat-Syarikat swasta, persatuan-persatuan, NGOs, sekolah-sekolah, pegawai-pegawai Kerajaan, Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian
1. Alhamdullillah, kita bersyukur Kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana di atas limpah, rahmat dan izinnya jua maka kita telah dapat sama-sama menghadirkan diri bagi sesi jerayawara dan dialog mengenai Sistem Demerit (Demerit Point System) Negara Brunei Darussalam pada pagi ini.
2. Saya ingin membuka tirai sessi dialog ini dengan mengongsikan 3 kes atau scenario kemalangan jalan raya yang benar-benar telah berlaku di Negara Brunei Darussalam baru-baru ini. Nama-nama mangsa, tempat-tempat dan waktu kejadian tidak perlu saya nyatakan kerana kes-kes tersebut adalah semata-mata untuk memberi gambaran beberapa scenario kemalangan jalan raya yang boleh terjadi – kepada sesiapa sahaja, pada bila-bila waktu dan dimana-mana sahaja.
4. Kes Senario Pertama
|
|
|
|
|
|
|
|
|
5. Kes scenario Kedua
|
|
|
|
|
6. Kes Senario Ketiga
|
|
|
|
|
|
|
|
|
7. Jadi apa mesej utama atau pun rumusan dari 3 kes scenario yang saya sebutkan tadi? Ada 4 common factors di sini yang menjadi penyebab kemalangan fatal atau kecederaan parah – i) Memandu terlalu laju (speeding); ii) Memandu tidak mematuhi peraturan lampu isyarat; iii) Distraction yang disebabkan mengantuk ataupun menggunakan telefon bimbit atau berSMS semasa memandu dan iV) Semua mangsa-mangsa tidak memakai tali pinggang keselamatan baik bagi pemandu mahupun penumpang!
8. Dalam hal ini, saya ingin menyampaikan sedikit statistik yang saya fikir perlu biskita di sini mengetahuinya.
9. Dari segi kadar kematian disebabkan kemalangan jalan raya dalam 100,000 penduduk, Negara Brunei Darussalam menunjukkan kadar yang tinggi iaitu lebih kurang 12 ataupun 11.78 kematian dalam 100,000 penduduk pada tahun 2011. Kita boleh mengambil iktibar dengan membandingkan kadar ini dengan beberapa negara-negara lain seperti yang dilaporkan oleh International Road Traffic and Accident Database (IRTAD)[1] Annual Report 2010. Dalam laporan tersebut, kadar bagi Singapura adalah 3.8 dalam 100,000, Jepun 4.53 dalam 100,000, Australia 6.8 dalam 100,000 dan United Kingdom dengan 3.8 dalam 100,000.
10. Dari 47 orang mangsa kemalangan fatal pada tahun 2011, dianggarkan:-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
11. Setakat 2 bulan pertama tahun 2011 ini sahaja sebanyak 10 kes kemalangan Fatal mengakibatkan 11 kematian telah berlaku dan 780 kes speeding direkodkan.
12. Kemalangan banyak melibatkan golongan muda dalam linkungan umur 18-28 tahun.
13. Keadaan trend kemalangan yang meningkat ini sangatlah membimbangkan. Kebanyakannya berpunca dari kecuaian dan tabiat pemandu sendiri termasuk memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit dan ber SMS semasa memandu, tidak menggunakan tali pinggang keselamatan dan tidak mematuhi lampu isyarat.
14. Perkara ini perlu diambil perhatian berat dan seterusnya diusahakan agar tabiat sebegini dapat dibendung dengan lebih efektif.
15. Dengan usaha dan komitmen semua pihak, InsyaALLAH kemalangan boleh dielakkan.
16.Dalam menangani isu keselamatan jalan raya ini, Kementerian Perhubungan melalui Jabatan Pengangkutan Darat, dan kerjasama pihak Polis DiRaja Brunei khususnya akan memperkenalkan sistem Demerit bagi Negara Brunei Darussalam.
17. Pengenalan Sistem Demerit ini adalah sangat bertepatan untuk dilaksanakan pada masa ini dengan meningkatnya isu-isu kesalahan tabiat memandu.
18. Sistem Demerit ini merupakan satu komponen yang akan berpandukan kepada ’database’ yang telah disediakan melalui pelaksanaan Sistem Pengangkutan Darat (SPD) yang ALHAMDULLILLAH pada masa ini sedang dijalankan secara percubaan semenjak bulan Jun 2011.
19. Sistem Demerit ini bertujuan untuk memastikan pemandu supaya lebih berdisiplin, berhati-hati dan mematuhi setiap peraturan lalulintas yang ada. Secara ringkas, Sistem Demerit ini bertujuan bagi membuat langkah pembetulan (Corrective Measure) terhadap sikap atau tabiat memandu negatif.
20. Sistem ini akan membantu pihak penguatkuasa mengenalpasti pemandu yang berisiko tinggi dan mempunyai sikap pemanduan yang sering melanggar peraturan-peraturan jalanraya yang boleh menyebabkan kemalangan.
21. Sistem Demerit sekaligus dihasratkan untuk membendung tabiat pemandu yang membimbangkan seperti tidak menggunakan tali pinggang keselamatan, melebihi had laju, tidak mematuhi lampu isyarat, bertelefon dan berSMS semasa memandu.
22. Sistem Demerit ini akan diperkenalkan melalui 3 fasa.
|
|
|
|
|
23. Dari itu, adalah mustahak bagi sistem Demerit ini diberigakan kepada orang ramai khususnya biskita disini pada pagi ini, agar biskita faham dan sekaligus mendorong biskita berhati-hati sebelum projek rintis ini dilaksanakan sepenuhnya InsyaALLAH pada pertengahan tahun 2013 nanti.
24. Dikesempatan ini juga, saya menaruh harapan tinggi dan seterusnya merayu kepada biskita bahawa bagi menjayakan inisiatif sistem demerit ini, saya alu-alukan kerjasama sepenuhnya dari semua pihak, iaitu agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, awam, swasta dan biskita orang ramai khususnya. Usaha murni ini adalah tanggungjawab kita bersama!
25. Akhir sekali sama-samalah kitani berdoa mudah-mudahan dengan usaha dan kerjasama dari semua pihak yang saya sebutkan tadi akan dapat mencapai objektif demi kepentingan keselamatan jalan raya kepada masyarakat umum dan sekaligus dapat mengurangkan kemalangan jalan raya. Ameen! Sekian Terima Kasih.
Wabillahitaufiq Walhidayat Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
- [1] In 1988, the OECD Road Transport Research Programme established the International Road Traffic and Accident Database (IRTAD) as a mechanism for providing an aggregated database, in which international accident and victim as well as exposure data are collected on a continuous basis. Among members of IRTAD are Malaysia (Miros), Australia (Department of Infrastructure and Transport).
- http://internationaltransportforum.org/irtadpublic/members.html