ISU: Platform rasmi online bagi menggalakkan penyertaan masyarakat
- Soalan Yang Berhormat -
“Kaola menjunjung tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Pembukaan Rasmi beberapa hari yang lalu baginda ada menyentuh bahawa “Ilmu, maklumat, kemahiran boleh diperlukan melalui perkhidmatan teknologi internet yang boleh diakses dengan mudah dan cepat ” dan untuk teknologi baharu ini digunakan dengan sepenuhnya perlulah talian internet kita cepat, reliable dan affordable seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Perhubungan tadi serta pengguna diberi pengetahuan untuk menggunakan dengan sebaiknya. Mungkin sudah tiba masanya kita mungkin sahaja banyak pesaing tapi juga service providers dalam hubungan ini.
Sehubungan dengan itu, selain bagi memastikan menyediakan prasarana, apakah usaha pihak kementerian untuk menggalakkan di Brunei Darussalam untuk mengadaptasi teknologi-teknologi baharu yang menggunakan talian internet kelajuan tinggi.
Yang Berhormat Menteri Perhubungan menyebut mengenai big data dan internet off things adalah disambut dengan baik, termasuk juga teknologi lain seperti next generation security system, biomatrix dan behavioural analitics dan dalam pendidikan massive online open course move bahawa dimana orang dapat belajar melalui on-line dan teknologi-teknologi lain, visuality dan lain-lain teknologi baharu ini yang dijangka akan dapat membantu pertumbuhan pengguna kerajaan dan ekonomi serta eko sistem lainnya seperti pertahanan, perhubungan infrastruktur dan lainlain?
Tajuk yang sama mungkin menyentuh AITI bagi menggalakkan penglibatan masyarakat inclusive online participation, negara haruslah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan akses ke internet, untuk orang ramai termasuk orangorang yang berada seperti di luar bandar dan juga Orang Berkeperluan Khas serta Orang Kurang Upaya termasuk program pendidikan media.
Program-program ini perlu memberi perhatian asas-asas teknikal internet dan juga meneroka bagaimana untuk memanfaatkan penglibatan masyarakat belia dalam mewujudkan dialog dengan masyarakat dan penyertaan syarat civil engagement.
Soalan kaola adalah apakah ada usaha pihak kementerian untuk menyediakan platform rasmi online untuk masyarakat menyertai dialog muzakarah melalui internet ini?”
- Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad
- Jawapan Menteri Perhubungan -
Tadi ada spesifik cadangan yang berhubung dengan rancangan untuk mengadakan forum rasmi online supaya ada perbincangan. Ini mungkin lebih mirip kepada pihak-pihak yang lain sebagai contoh Jabatan Penerangan dapat memberi penjelasan sejauh mana platform tersebut dapat diadakan untuk perbincangan orang ramai.
Tapi sejauh penglibatan AITI semua perkara ini dengan teknologi yang ada, sama ada rasmi ataupun tidak dapat seperti yang kita maklumi perbincangan atau forum-forum ini memang sudah ada yang berlaku cuma apa yang kita pastikan ialah supaya forum-forum perbincangan itu biar ia menurut adat resam kita dan mematuhi undang-undang yang ada di negara ini.
[Alhamdulilah] Jangan sampai perkara-perkara itu terkeluar dan kita pun mengamalkan Islam sebagai cara hidup kita. Biar apa yang kita tutur katakan itu mengikut Undang-Undang Islam terutamanya mengeluarkan gambar-gambar yang mengaibkan orang ramai dan membuat tuduhan-tuduhan yang tidak menentu itu sangat mendukacitakan dan akan melumpuhkan harapan kita untuk membawakan forum yang lebih sihat, positif dan dapat memajukan negara kita ke satu peringkat sosial yang lebih baik lagi.
Walau bagaimanapun, mengenai perkara ini, ada baiknya kaola rujuk kepada pihak yang berkenaan memikirkan sejauh mana kesesuaiannya untuk mengadakan satu forum rasmi untuk digunakan sebagai forum perbincangan on-line di negara ini.
Tadi ada menyentuh mengenai dengan prasarana untuk memberi akomodasi kepada teknologi-teknologi baharu.
[Alhamdulilah] AITI bekerja rapat dengan pengendali-pengendali perkhidmatan telefon khususnya DST, TelBru dan PCSB. Kita mempunyai kerjasama rapat dan mempunyai vision yang begitu up to date dan wawasan untuk memastikan bahawa Negara Brunei Darussalam tidak akan ketinggalan dengan perkembangan teknologi baharu ini. Kesedaran mengenai ini.
Perkara ini cukup up to date, baik dari segi pihak penyelia perkhidmatan dan juga pihak kawal selia ataupun AITI dan perkara ini adalah penting untuk diketahui.
Dengan yang demikian, khususnya pihak DST telah berusaha untuk memberi infrastuktur yang begitu moden (up-to-date). Sehinggakan sekarang ini sudah ada 4G di Negara Brunei Darussalam, kita berpindah dari 3G kepada 4G, yang memberi keupayaan untuk menerima teknologi, kreativiti ataupun inovasi baharu, yang di luar jangkaan kita. [Insya-Allah] tidak mustahil satu masa kalau kita akan mengadakan 5G, ini bergantung pada perkembangan.
Dalam perkara ini juga, pihak AITI sedang berusaha untuk mengeluarkan konsep-konsep bahawa teknologi baharu ini akan dapat digunakan atau dihargai sebagai contoh konsep-konsep smart nations, smart society, macam mana kita membentuk satu negara pintar. Apakah apsek-aspek yang melibatkan untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam itu sebagai smart nations?
Semua ini sudah ada dalam perancangan pihak AITI dan [Insya-Allah] mudah-mudahan perancangan ini akan dapat diberigakan dan terserah kepada pihak swasta/orang ramai untuk memikirkan di mana penglibatan mereka.
Kita tidak seharusnya bersandar kepada pihak kerajaan sahaja untuk mengeluarkan idea-idea ini tetapi terserah kepada pihak swasta idea itu dapat diadakan dan sustainable. Kita tidak dapat mengadakan idea-idea yang sustainable lagi masa ini sebab apa ia melibatkan perbelanjaan yang besar.
Jadinya dari segi mengadakan satu konsep smart nations, banyak perkara yang boleh kita buat, yang boleh mendatangkan keuntungan kepada pihak swasta.
Ini yang sedang difikirkan oleh pihak berkuasa AITI dan juga pihak pengendali telekomunikasi, untuk diberigakan dan digalakkan kepada orang ramai mengambil peluang untuk menjadi perdagangan kepada orang ramai.
Bukan satu konsep yang 60% atau 70% bersandar kepada perbelanjaan kerajaan. Mungkin itu konsepnya sudah berbeza dengan negara-negara yang lain. Sehinggakan memberi maklumat-maklumat itu tidak seharusnya free tetapi berperingkat-peringkat (graduate bases) sebagai contoh. Inilah permulaan sebagai a big data ataupun I-Cloud itu dimanfaatkan, yang maklumat itu akan diberikan secara graduated.
- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat
17 Oktober 2017 | Tindakan yang telah diambil / Status pada Ogos 2017
Bagi menggalakkan penggunaan teknologi-teknologi baharu yang memerlukan kelajuan jalur lebar tinggi, peranan pihak AITI adalah untuk merancang keperluan teknologi-teknologi baru seperti memperuntukkan frekuensi untuk kegunaan teknologi 5G, Internet of Things (IOT), kegunaan infrastruktur Smart Nation dan sebagainya.
Disamping itu, salah satu inisiatif daripada National Broadband Policy (NBP) adalah pelaksanaan infrastruktur FTTH oleh pihak TelBru. Status kesediaan servis rangkaian FTTH iaitu High Speed Broadband (HSBB) TelBru adalah seperti berikut:-
1. Gadong 2. Madang 3. Central 4. Sengkurong 5. Jerudong 6. Rimba 7. Madewa 8. Kuala Belait 9. Mumong 10. Salar 11. Sg. Taring 12. Tutong 13. Muara | 1. Seria 2. Sg. Liang 3. RPN Meragang 4. Bukit Beruang | Temburong - Bangar & Rataie | Pada masa ini, rangkaian FTTH telah meliputi kira-kira 83,000 buah rumah dan perniagaan (Home Pass). Kira-kira 90,000 buah rumah dan perniagaan dijangkakan akan mempunyai akses pada rangkaian FTTH setelah semua projek/fasa yang disenaraikan di atas siap pada suku ketiga 2017.
Dari 83,000 buah rumah dan perniagaan, sebanyak 54,000 talian FTTH (Home connect) yang boleh sedia dilanggani oleh orang ramai untuk perkhidmatan rangkaian HSBB. Dari keseluruhan 54,000 home connect yang tersedia, sebanyak 31,838 sudah melanggani perkhidmatan rangkaian HSBB.
Di sini, pihak AITI secara konsistennya memantau progres-progres tersebut dan telah menubuhkan tataamalan dan garis panduan pada awal tahun 2016 untuk penyambungan kabel gentian optic (fiber optic) ke rumah-rumah bagi mempercepatkan dan memudahkan perkhidmatam FTTH atau High Speed Broadband (HSBB). Garis panduan yang dimaksudkan adalah:-
(a) Code of Practice and Implementation guidelines on In-building optical fibre cabling for general housing development (IFC GHD Code & IFC GHD Guidelines).
(b) Code of Practice and Implementation guidelines on In-building optical fibre cabling for National Housing Scheme (IFC NHS Code & IFC NHS Guidelines).
|