Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU3POST17

ISU: Perubahan dan peningkatan pesat dalam komunikasi kepada eletronik dengan menyediakan penyelesaian perniagaan (seperti e-commerce solution, logistic solution, mail solution, marketing solution) dan penutupan 3 cawangan Jabatan Perkhidmatan Pos


- Soalan Yang Berhormat -

“Masa sudah tentu berubah dan peningkatan pesat dalam komunikasi dalam elektronik pasti bermakna pengurangan dalam bilangan penggunaan persuratan secara tradisional. Maka segala aktiviti yang dilaksanakan di bawah Jabatan Perkhidmatan Pos hendaklah direviu semula secara menyeluruh.

Jika dilihat perkhidmatan pos di negeri jiran mereka telah mengurangkan pergantungan perkhidmatan pos tradisional dan embrace pertumbuhan e-dagang dan berkongsi dengan syarikat-syarikat besar sebagai rakan strategik. Berdasarkan dari kajian South East Asia akan menjadi dunia yang paling pesat bagi perdagangan e-dagang. Pihak kementerian hendaklah mengambil tindakan, cepat seperti Yang Berhormat menyebut dalam mukadimah Berkarih, Berjarih dan Belurih.

Kalau dilihat dari business strategi post office juga dapat menyediakan penyelesaian perniagaan iaitu to provide business solution seperti e-commerce solution, logistic solution, mail solution, marketing solution serta dapat dijadikan knowledge center terutama sekali untuk mendapatkan makluman mengenai pertumbuhan e-pasaran perdagangan dan potensi di sebuah negeri. Pos Ofis hendaklah mara ke hadapan transform for tomorrow.

Tahun lepas di Dewan yang mulia ini ada disentuh Yang Berhormat Menteri Perhubungan tentang penutupan 3 cawangan Jabatan Perkhidmatan Pos yang tidak mendatangkan hasil dibandingkan dengan operational cost yang tinggi, apakah statusnya cawangan-cawangan ini? Seperti mana yang telah kaola tekankan mengenai perpustakaan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kaola juga ingin menekankan mengenai dengan list of operator TPP bagi aset di bawah Pos Ofis Kementerian Perhubungan itu sebanyak 23 buah Pejabat Pos di seluruh Negara Brunei Darussalam.

Apakah langkah-langkah strategik yang sedang dan akan diambil oleh pihak kementerian?”

- Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman

- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Mengenai Pejabat Perkhidmatan Pos. Terima kasih atas cadangan yang diberikan. Ini merupakan satu isu yang sangat mencabar bagi Kementerian Perhubungan memandangkan kepada penjualan setem dan menurunnya penghantaran surat-surat di negara ini.

Namun demikian, ada trend baharu iaitu penghantaran bungkusan juga meningkat dan e-commerce sistem penjualan on-line juga meningkat. Dalam keadaan ini, sejak beberapa tahun dahulu pun, Kementerian Perhubungan menyedari mengenai trend ini, maka telah dibangunkan satu bangunan Pejabat Pos baharu yang agak besar di Mumong dan menyediakan infrastruktur untuk memberikan fasiliti penghantaran bungkusan-bungkusan dari sana sebagai fasiliti untuk e-commerce.

Ini bergantung juga pada pihak private sectors, sejauh mana mereka ingin menjual barangan mereka itu melalui on-line dan sejauh mana Jabatan Perkhidmatan Pos boleh memberikan kemudahan-kemudahan penghantaran kepada penjual-penjual berkenaan, maka ia menjadi satu cabaran kepada Jabatan Perkhidmatan Pos seperti:-
1.    Memastikan bahawa operasi Jabatan Perkhidmatan Pos ialah cost effective. Ini melibatkan penutupan beberapa buah cawangan dan kalau tidak silap, yang disebutkan tadi melibatkan satu cawangan di Kiulap, di Mall dan juga di BSP. Ketiga-tiga tempat ini telah pun ditutup dan tanpa mendatangkan sebarang kesan kepada pihak pengguna atau pihak yang menerima perkhidmatan tersebut.

Ada beberapa tempat lagi fasiliti yang ada kepunyaan Pejabat Pos sendiri digunakan untuk tujuan-tujuan lain seperti di Pejabat Pos di Lumut, ditempatkan sebuah perpustakaan dari Dewan Bahasa dan Pustaka dan di Daerah Kuala Belait akan dicantumkan dengan Jabatan Pengangkutan Darat dan kawasan yang tersedia untuk keperluan e-commerce, masih ada di daerah tersebut. Mana-mana pihak yang ingin menggunakan perkhidmatan pos untuk melancarkan penjualan on-line dapat menggunakan fasiliti berkenaan.

Pada keseluruhannya, kita memang peka mengenai perkembangan ini, Yang Berhormat Pengerusi. Satu lagi yang harus ada ialah mengenai payment system. Perkara ini telah pun dirundingkan dengan pihak-pihak yang berkenaan supaya diadakan satu sistem pembayaran terutamanya untuk pembelian barang-barang dari Negara Brunei Darussalam untuk memudahkan pihak-pihak dari luar negara untuk membuat pembayaran ke negara ini. Tetapi bagi pembelian barangan dari luar negara, itu sudah mudah melalui payment gateway yang disediakan. Payment gateway untuk pembelian dari Negara Brunei Darussalam telah pun difikirkan terutama sekali melibatkan bank-bank tertentu di negara ini.

- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat

​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​17 Oktober 2017
​Jabatan Perkhidmatan Pos telah mengubah beberapa proses pengendalian mel supaya maklumat benda pos yang dihantar akan diketahui oleh pelanggan secepatnya didalam media-media pencarian pos seperti iPOST, AR Listing dan Track and Trace website.

Penyerahan bagi benda-benda pos yang mempunyai barcode akan diserahkan menggunakan mobile tracking yang dibawa oleh posmen (handheld barcode reader) iaitu penerima akan menandatangani secara digital;

Cawangan Pejabat Pos yang ditutup sehingga Mei 2017 adalah Pejabat Pos BSP, Pejabat Pos Kiulap, Pejabat Pos The Mall, Pejabat Pos Mentiri dan Pejabat Pos Mata-Mata;

Penutupan cawangan Pejabat Pos yang dimaksudkan di atas tidak begitu memberikan kesan kepada pelanggan kerana kebanyakkan perkhidmatan pos di lokasi pejabat pos tersebut kurang mendapat sambutan orang ramai;

Cawangan Pejabat Pos yang telah ditutup akan disewakan kepada peniaga-peniaga MSME yang berminat dan setakat ini ruang-ruang kosong di cawangan Pejabat Pos Kuala Belait akan disewakan kepada penender yang berminat dan ketika ini dalam proses lantikan;

Antara langkah-langkah strategic Kementerian Perhubungan dalam memajukan Jabatan Perkhidmatan Pos adalah memfokuskan kepada postal connectivity di luar negara seperti perancangan beberapa projek-projek strategic iaitu:
o    Mewujudkan Extra-Territorial Office of Exchange (ETOE) di luar negeri dalam merebut peluang perniagaan mail transshipment (komersial) bagi perkhidmatan logistic E-Commerce;

o    Membangunkan warehouse logistics hub di kawasan lapangan terbang bagi memudahkan pemerosesan mail transshipment export dan import.