Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU11LTD17

ISU: Penggunaan basikal untuk pergi berkerja


- Soalan Yang Berhormat -

“Kaola ingin mencadangkan jika bersesuaian, bagi pihak kementerian menerokai kaedah penggunaan berbasikal untuk pergi bekerja bagi dijadikan sebagai alternatif.”

-Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon

- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Penggunaan basikal ini sedang dipertimbangkan oleh Jabatan Pengangkutan Darat mengenai keperluan infrastruktur dan sebagainya, terutama dalam suasana Jabatan Pengangkutan Darat sedang sibuk menimbangkan infrastruktur keperluan laluan bas dan sebagainya. Ini harus difikirkan secara komprehensif.

Walau bagaimanapun, mana-mana pihak yang ingin menggunakan basikal untuk menuju ke tempat bekerja, silakan tetapi hendaklah mengambil atau mengetahui sedikit sebanyak mengenai peraturan lalu lintas di negara ini dan kemudahan-kemudahan untuk berbasikal belum banyak yang disediakan dan harus diambil pertimbangan mengenai perkara itu. 

Cadangan untuk menggunakan basikal [Insya-Allah]  perkara itu tidak ditegah, mana-mana pihak ingin menggunakan basikal terserah kepada pihak berkenaan walau bagaimanapun, harus memahami mengenai dengan keselamatan jalan raya dan memandangkan jalan raya yang ada di negara ini belum menumpukan kepada aspek keselamatan berbasikal di negara ini [Insya-Allah] perkara ini sedang dipertimbangkan selaras dengan keperluan untuk menyediakan loronglorong khusus untuk pengangkutan bas.


- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat

​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​18 Oktober 2017​Penggunaan berbasikal dijalanraya untuk apa jua kegunaannya telah dibincangkan diperingkat Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) dan disusuli juga diperingkat focus group iaitu, peringkat jawatankuasa kerja, sebagai usaha berterusan memberigakan keselamatan berbasikal dilebuhraya dan jalanraya biasa.

MKKJR telah mengagihkan satu risalah 'share the road' kepada orang ramai semasa KEMPEN TURUN PADANG KESELAMATAN JALAN RAYA 2017 yang telah diadakan secara serentak di beberapa lokasi dan jalan raya di Negara ini pada 25 Ramadhan 1438H bersamaan 20hb Jun 2017M (Selasa) yang mana pengagihan risalah tersebut diketuai oleh Yang Berhomat Dato Menteri Perhubungan sendiri dikawasan Centerpoint Hotel, Gadong.

Risalah ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang ramai khususnya pengguna-pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi akta dan peraturan-peraturan lalulintas jalan raya serta untuk mempertingkatkan kewaspadaan semasa memandu.  Pengagihan risalah tersebut juga telah dilaratkan ke beberapa syarikat dan persatuan berbasikal terpilih di Negara ini seperti Takaful Brunei Am Berhad.