Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Empat (4) Lagi Pemandu Dikenakan Kompaun Menggunakan Telefon Bimbit Semasa Memandu: $200 dan 12 Mata Demerit Sikap

Empat (4) orang lagi pemandu kenderaan persendirian telah dikenakan kompaun sebanyak $200.00 dan dikenakan 12 mata demerit SiKAP bagi setiap seorang atas kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.  

Dua (2) pemandu tempatan dan dua (2) warga asing telah didapati dan ditahan menggunakan telefon bimbit sambil memandu semasa operasi bergerak yang dilaksanakan secara berterusan oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) pada 21, 23 dan 24 Mei 2018 di beberapa jalan raya di negara ini. 

BILTARIKH OPERASINAMA PEMANDUKESALAHANKOMPAUNMATA DEMERIT SiKAP
121 Mei 2018

 

Maga bin Sitong

(warga tempatan)

(00-056052)

 

B 7715

 

Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

 

$200.0012
223 Mei 2018

Yusri

(51-400544)

 

BC 2111

 

Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

 

$200.0012
3

Chan Kui Yu

(warga tempatan)

(01-052271)

 

BF 1851

Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

$200.00

 

 

12

Tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu

 

$150.00

 

-
424 Mei 2018

Rashep Mia

(51-220323)

 

KG 7762

 

Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

 

$200.0012

 

Menggunakan telefon bimbit semasa memandu mengundang sebanyak empat (4) kali risiko terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kelibat ini adalah sangat membahayakan bukan saja kepada pemandu itu sendiri tetapi juga pengguna jalan raya yang lain. Dari kajian yang dibuat sebelum ini, 2 dari 10 pemandu menggunakan telefon bimbit dan "ratio" ini adalah lebih tinggi dari pemantauan terkini yang dibuat. JPD akan meneruskan lagi operasi bergerak ini terutama terhadap pemandu-pemandu yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Semua pengguna jalan raya juga disarankan untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan keselamatan jalan raya yang ditetapkan untuk menjadikan jalan-jalan raya di Negara Brunei Darussalam sebagai tempat yang selamat untuk kepentingan semua.

Dalam sama-sama berusaha mengurangkan kemalangan jalan raya di Negara ini, JPD mempelawa orang ramai untuk menghadapkan sebarang aduan yang berkaitan dengan kesalahan Lalulintas Jalan Raya dengan menghubungi Hotline Bahagian Penguatkuasaan JPD melalui Aplikasi Whatsapp Penguatkuasaan JPD di talian +6737292017 atau Talian Darussalam +6738333123.

Attachments