Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 17 Oktober 2018– Lawatan Kerja Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Ke Telekom Brunei Berhad (TelBru)

Seramai 12 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara (MMN) telahpun mengadakan lawatan kerja ke Telekom Brunei Berhad (TelBru) pada pagi tadi di Bandar Seri Begawan.

Tujuan lawatan kerja Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara ke Telbru adalah untuk melihat lebih dekat perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat- syarikat penyedia telekomunikasi tempatan. Lawatan kerja juga adalah untuk memberikan peluang kepada ahli-ahli MMN untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi mengenai isu-isu yang berhubungkait dengan pembekalan perkhidmatan telekomunikasi di Negara Brunei Darussalam sebagai persediaan bagi Sesi Muzakarah Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan Kementerian Perhubungan pada hujung bulan November nanti. Program lawatan dimulakan di Pusat Pembelajaran TelBru (TLC) di Berakas dimana ahli-ahli MMN berpeluang melihat taklimat Fibre-to-the-Home (FTTH) dan pameran Metro-E serta Fixed Wireless Connectivity. Pada masa ini, rangkaian FTTH telah meliputi kira-kira 86,000 buah rumah dan perniagaan. Dari 86,000 buah rumah dan perniagaan, sebanyak 59,000 talian FTTH yang boleh sedia dilanggani oleh orang ramai untuk perkhidmatan rangkaian HSBB. Dari 59,000 talian yang tersedia, kira-kira 32,000 buah rumah dan perniagaan sudah melanggani perkhidmatan rangkaian HSBB.

Rombongan kemudian beredar ke TelHouse di Sumbiling, Bandar Seri Begawan untuk meninjau dengan lebih dekat lagi Network Operation Centre (NOC) dan Pusat Panggilan TelBru. NOC adalah suatu gabungan dari beberapa jaringan yang bertanggung jawab terhadap komunikasi terus menerus dalam jaringan. Pusat Panggilan TelBru pula sebagai focal point dimana pelenggan boleh membuat pertanyaan, aduan, maklum balas dan beberapa perkhidmatan lain.

Program lawatan kerja Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara akan disambung lagi pada hari Selasa, 23 Oktober ke Datastream Technology (DST) Sdn Bhd.

Attachments