Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 28 Mac 2019 - Sesi Muzakarah Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam Mengenai Pendaftaran Perahu, Penyediaan Alat Keselamatan Dan Pemakaian Jaket Keselematan

Sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan tahap keselamatan menggunakan perahu, pihak Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) telah mengadakan sesi muzakarah di sebuah hotel di Bandar Seri Begawan.

 

Sesi Muzakarah tersebut adalah bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai dengan proses dan prosedur Pendaftaran Perahu termasuk keperluan untuk menjalani Kursus Kelas 9 (Terhad) yang dimestikan untuk setiap pemandu yang memandu dan mengendalikan perahu-perahu termasuk penerangan mengenai dengan keperluan untuk menyediakan alat-alat keselamatan seperti keperluan jaket keselamatan, lampu dan wisel. Disamping itu juga, pihak MPABD juga telah mengambil kesempatan untuk memberigakan mengenai dengan kewajipan untuk memakai jaket-jaket keselamatan bagi para pemandu dan pengendali dan para penumpang semasa berada di atas perahu. Risalah-risalah mengenai kepentingan pemakaian jaket keselamatan juga turut diberikan kepada para peserta.

 

Hadir di Sesi Muzakarah ini adalah para Pemandu dan Pengendali Perahu-Perahu Tambang, Pengurus-Pengurus Perahu-Perahu Temuai dan Pelancong. Sesi taklimat telah di sampaikan oleh salah seorang pegawai MPABD.

 

Dengan usaha berterusan ini pihak MPABD berharap para peserta akan dapat mengambil berat aspek-aspek keselamatan dan menjadikan keselamatan sebagai keutaaman dan budaya sewaktu berada di perahu.


Attachments