Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Selasa, 9 Julai 2019 - Majlis Pertukaran Perjanjian Usahasama (JVA) diantara DST International Sdn Bhd (DSTI) dan SACOFA dan International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS 2019)
Sarawak, Selasa, 9 Julai 2019 – Satu Majlis Pertukaran Perjanjian Usahasama Joint Venture Agreement (JVA) antara DST International Sdn Bhd (DSTI) dan SACOFA Sdn Bhd telah diadakan pada 9hb Julai 2019. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam  dan Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak.

Bagi mewakili DSTI dalam majlis Pertukaran JVA tersebut adalah Yang Mulia Awang Radin Sufri Radin Basiuni, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif DST manakala dari pihak SACOFA diwakili oleh Yang Mulia Mohamed Zaid Zaini, Pengarah Urusan SACOFA.

 
Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi bersama dengan Ketua Menteri Sarawak semasa menyaksikan pertukaran perjanjian Usahasama (JVA) di antara DST International Sdn Bhd (DSTI) dan SACOFA Sdn Bhd


Melalui JVA ini, ia akan membolehkan penubuhan sebuah syarikat telekomunikasi usahasama Datastream SACOFA Telecommunications Alliance Sdn Bhd (DSTA) di Sarawak. Dengan adanya syarikat usahasama DSTA ini, akan menjadikan pasaran DST berkembang ke luar negara dan seterusnya mempersiapkan DST dengan pengalaman dan kecekapan dalam penyediaan perkhidmatan Fibre To The Home (FTTH) di Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir di dalam acara tersebut ialah Pengiran Hajah Kartini binti Pengiran Haji Tahir, Konsul Agung Negara Brunei Darussalam ke Sarawak serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.

Dalam kesempatan itu juga, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi telah menghadiri Persidangan IDECS 2019 yang telah berlangsung   pada 8hb hingga 9hb Julai 2019. Persidangan selama dua hari ini adalah merupakan salah satu platform bagi membincangkan inisiatif serta program berkaitan dengan ekonomi digital dengan pelbagai pihak yang berkepentingan. Di antara isi kandungan persidangan tersebut adalah seperti Digital Government: Data Centric Government, Manufacturing Industry 4.0, Smart Cities, Tourism: Digital Heritage, Agriculture Smart Farming dan E-Commerce serta Service Ecosystem yang disampaikan oleh pakar-pakar antarabangsa.

 Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi bersama dengan Ketua Menteri Sarawak  semasa membuat lawatan pameran IDECS 2019, Sarawak


Dikesempatan itu juga Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi juga telah membuat perjumpaan muhibbah dengan Ketua Menteri Sarawak. Turut hadir perjumpaan tersebut adalah Konsul Agung Negara Brunei Darussalam ke Sarawak.

Perjumpaan muhibbah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi bersama dengan Ketua Menteri Sarawak





Attachments