Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Selasa, 13 Ogos 2019 - Majlis Ibadah Korban Sunat dan Aqiqah serta Sambutan Hari Raya Aidil Adha Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa bagi Tahun 1440H/2019M

​Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa telah mengadakan Majlis Ibadah Korban Sunat dan Aqiqah serta diselajurkan dengan Sambutan Hari Raya Aidil Adha bagi tahun 1440H / 2019M pada hari Selasa, 12 Zulhijjah 1440H bersamaan 13 Ogos 2019 bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.  Majlis pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Kajicuaca dan Jabatan Pengangkutan Darat.


Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Majlis diserikan dengan satu Ceramah Khas sempena Majlis Ibadah Korban Sunat dan Aqiqah serta Sambutan Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1440H/2019M yang disampaikan oleh penceramah undangan, Yang Mulia Ustaz Awang Haji Muhammad Naqib bin Haji Awang, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pusat Da’wah Islamiah dan diikuti dengan pengagihan daging-daging korban dan aqiqah yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Sebanyak 9 ekor kerbau dan 1 ekor sapi telah dikorbankan pada tahun ini untuk ibadah korban sunat dan aqiqah yang mana daging-daging tersebut diagih-agihkan kepada penerima khas, anak-anak yatim, asnaf fakir miskin dan pegawai serta kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa.  Majlis ini merupakan acara keagamaan tahunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dalam sama-sama menyemarakkan syiar Islam, memupuk serta menyemai kesedaran terhadap tuntutan agama dan membantu orang-orang yang berkeperluan, sekaligus mengeratkan silaturrahim di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Turut hadir ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, CyberSecurity, Strategi dan Korporat); Yang Mulia Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) dan Ketua Eksekutif Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD), Pengarah-Pengarah Jabatan dan Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan serta Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa.




Disediakan oleh:
Haji Rozaly bin Haji Saidon
Pemangku Pengarah Pengangkutan Darat
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi



Attachments