Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 22 Ogos 2019 - Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Sembahyang Fardhu Asar dan Membaca Ratib Al-Attas bagi Memohon Perlindungan Bahaya dari Kemalangan dan Nahas Jalan Raya

Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat dan Ratib Al-Attas pada petang ini, bertempat di Masjid Pintu Malim, Jalan Kota Batu.

Majlis sembahyang Sunat Hajat Berjemaah, solat fardhu Asar, membaca Ratib Al-Attas dan bacaan doa selamat ini merupakan acara bulanan MKKJR yang diadakan khusus untuk memohon perlindungan kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala supaya negara ini, terutamanya pengguna-pengguna jalan raya, senentiasa terhindar dari kemalangan dan perkara-perkara yang tidak diingini. Disamping itu juga, acara ini merupakan usaha berterusan MKKJR untuk memohon berkat dalam segala usaha-usaha dan perancangannya kearah meningkatkan keselamatan jalan raya demi kesejahteraan semua.

Hadir di majlis tersebut ialah Awang Haji Osman bin Haji Md Jair, Pengerusi Persatuan Insurans dan Takaful (BITA) selaku Ambassador MKKJR; Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta agensi-agensi yang berkenaan; dan guru-guru serta penuntut-penuntut dari Sekolah Ugama Pintu Malim.



Dalam kesempatan ini, MKKJR terus menyeru kepada semua pengguna jalan raya untuk memulakan setiap perjalanan dengan doa disamping meningkatkan kewaspadaan dengan memberikan tumpuan dan perhatian penuh ketika memandu di jalan raya serta mengamalkan sikap pemanduan yang berhemah.


Pemandu-pemandu juga terus diseru untuk sentiasa mementingkan keselamatan serta mengamalkan pemakaian tali pinggang keledar, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan untuk sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan serta tanda-tanda isyarat lalulintas yang dipamerkan demi menjaga keselamatan bersama dan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.


Disediakan oleh:
Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam


Attachments