Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 9 Oktober 2019 - Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Pos Sedunia 2019
Bersempena dengan Hari Pos Sedunia 2019, Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Pos Sedunia 2019 bertempat di Masjid Ar-Rahman, Kampung Tanjong Bunut.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Tahun ini, tema sambutan Hari Pos Sedunia ialah ‘Delivering Development’ yang menggambarkan usaha berterusan sektor perkhidmatan pos untuk kekal relevan menghadapi perubahan dan perkembangan dunia.



Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohammad Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi dan Korporat), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI); Yang Mulia Dr. Awang Rosdi bin Haji Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pos Agung, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Pihak Berkuasa, Ketua-Ketua Bahagian dan pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Di Majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi juga turut menyaksikan penyampaian sumbangan derma dan wakaf yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pos Agung kepada Pegawai Masjid, Masjid Ar-Rahman, Kampung Tanjong Bunut.



Majlis itu adalah sebagai salah satu aktiviti bagi memperingati Hari Pos Sedunia yang jatuh pada setiap 9 Oktober dan disambut oleh pengendali-pengendali pos di seluruh dunia. Perasmian Sambutan Hari Pos Sedunia bagi negara ini akan diadakan pada 30 Oktober ini di StarLodge Hotel, Jerudong.


Disediakan oleh:
Jawatankuasa Publisiti
Jabatan Perkhidmatan Pos
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
9 Oktober 2019



Attachments