Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Isnin, 9 Disember 2019 - Majlis Pelancaran Rasmi Minggu Keselamatan Jalan Raya Bagi Tahun 2019 Sempena Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) bersama Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) pagi tadi telah mengadakan Majlis Pelancaran Rasmi Minggu Keselamatan Jalan Raya bagi tahun 2019 Sempena Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia. Majlis Pelancaran Rasmi tersebut diikuti dengan satu forum sempena dengan Hari Memperingati Mangsa-mangsa Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia atau World Day of Remembrance for Road Traffic Victims (WDR) yang berlangsung di Dewan Teater, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.  Forum tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijadualkan sempena Minggu Keselamatan Jalan Raya bagi tahun 2019.


Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran berkenaan ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof yang juga selaku Pengerusi MKKJR.  Majlis turut menyaksikan pelancaran Pertandingan Video Keselamatan Jalan Raya yang mana pertandingan berkenaan adalah dibukakan kepada orang ramai bermula dari 9 Disember 2019 sehingga 31 Januari 2020.



Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan selaku Timbalan Pengerusi MKKJR, Ketua Urusetia dan Ahli-ahli MKKJR; Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan daripada Kementerian-kementerian serta agensi-agensi yang berkepentingan.

Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan, Penyelidikan dan Perkembangan), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan selaku Setiausaha MKKJR telah menyampaikan ucapan alu-aluan semasa majlis tersebut.

Tema WDR bagi tahun ini bertajuk “Life is not a car part” adalah berpandukan kepada Pillar 3 dalam Global Plan for the Decade of Action for Road Safety 2011 – 2020 khususnya berkaitan “Safer Vehicles” dari segi penggunaan teknologi keselamatan kenderaan yang lebih baik mengikut piawaian-piawaian antarabangsa.  Sasaran utama forum ini adalah bagi orang ramai terutamanya para belia supaya mereka dapat memupuk kesedaran terhadap prinsip-prinsip pemanduan yang selamat ketika berada di jalan raya.

Forum ini telahpun menjemput penceramah daripada luar negara dan tempatan bagi mengongsikan pendekatan kearah meningkatkan keselamatan di jalan raya iaitu Yang Berusaha Dr. Siti Zaharah Ishak, Ketua Pengarah di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS); Awang Haji Rozaly bin Haji Saidon, Pengarah Pengangkutan Darat dan selaku Ketua Urusetia MKKJR, Dr Tan Soon Jiann, Pengarah Pusat Penyelidikan Pengangkutan (CfTR), Universiti Teknologi Brunei dan Mr. Mohd Roger Ainsworth, Executive Advisor Megamas Training Company Sdn Bhd.



Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia atau World Day of Remembrance for Road Traffic Victims (WDR) adalah inisiatif antarabangsa yang disambut pada setiap hari Ahad di minggu ketiga bulan November setiap tahun.  Bersempena dengan WDR, pelbagai aktiviti telah disusun di bawah Minggu Keselamatan Jalan Raya bagi tahun 2019 antaralainnya Pameran Keselamatan Jalan Raya dan Permainan trafik jalan raya, Perkhemahan Belia, Larian dan Kayuhan Amal dan pelancaran video rasmi MKKJR bagi mempromosikan keselamatan jalan raya di negara ini.  Maklumat lanjut bagi Pertandingan Video Keselamatan Jalan Raya boleh didapati melalui laman sesawang rasmi MKKJR, www.mkkjr.gov.bn.




Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Korporat
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi




Attachments