Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Ahad, 29 Mac 2020 - Perubahan Prosedur Perkhidmatan-Perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Darat Menggunakan Kaedah “Pay And Collect”

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi merujuk Siaran Akhbar keluaran 28 Mac 2020 mengenai perubahan prosedur perkhidmatan-perkhidmatan JPD.

Demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan orang ramai khususnya para pelanggan, pegawai dan kakitangan yang bertugas, selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan, JPD ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai pengemaskinian semua perkhidmatan-perkhidmatan kaunter dan mengenalkan sistem "pay and collect" di Jabatan ini bermula hari Isnin, 30 Mac 2020:

1. Perkhidmatan-perkhidmatan berikut akan terus ditangguhkan buat sementara sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian:

a) Permohonan endos Lesen Memandu;

b) Permohonan baru bagi semua kelas Lesen Memandu;

c) Permohonan baru bagi Ujian Kod Jalan Raya (Highway Code) dan Ujian Memandu, bagi semua kelas Lesen Memandu;

2. Semua perkhidmatan-perkhidmatan selain daripada yang dinyatakan diatas adalah ditukar kepada kaedah "Pay and Collect".

Melalui kaedah "Pay and Collect", orang ramai akan menghantar dan meninggalkan permohonan setelah membuat pembayaran di kaunter-kaunter JPD yang telah disediakan. Semua permohonan akan diproses secara "back-end" dan boleh dikutip pada tarikh yang ditetapkan.

Dengan ini, perkhidmatan-perkhidmatan bagi permohonan Gantung Bilangan Pendaftaran Kenderaan, Serah Bilangan Pendaftaran Kenderaan, Pengubahsuaian Kenderaan dan Logo adalah diaktifkan semula menggunakan kaedah "Pay and Collect".

Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Talian 123 semasa waktu pejabat atau emel kepada info_ltd@land-transport.gov.bn.

JPD ingin memohon maaf sekali lagi atas sebarang kesulitan dihadapi oleh orang ramai dengan perubahan tatacara menghadapkan permohonan dan penangguhan permohonan bagi beberapa perkhidmatan-perkhidmatan kaunter di Jabatan ini.  Dikesempatan ini, JPD mengucapkan terima kasih atas pemahaman dan kerjasama orang ramai dalam sama-sama menangani virus COVID-19.

 

Pengarah Pengangkutan Darat

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Tarikh:  29 Mac 2020

Attachments