Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 9 April 2020 - Penutupan Kaunter-Kaunter Perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Darat (Jpd) Dan Diganti Dengan Perkhidmatan Secara Pandu Lalu (Drive Through)


Jabatan  Pengangkutan  Darat  (JPD), Kementerian  Pengangkutan  dan Infokomunikasi (MTIC) ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan semua kaunter- kaunter perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Darat dan  beberapa perubahan terhadap perkhidmatan JPD bermula hari Isnin 13 April 2020.


Permohonan membaharui Lesen Memandu   dan Lesen Kenderaan sekarang boleh dibuat melalui pilihan berikut:

1.    Melalui perkhidmatan Talian Darussalam 123 iaitu dengan menghubungi 123 atau email kepada info@123.com.bn

2.    Secara online melalui aplikasi mudah alih TransportBN.

3.    Melalui laman sesawang rasmi Kerajaan  www.gov.bn


Permohonan membaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan yang dihadapkan melalui TD 123 yang telah siap akan dilaksanakan melalui kaedah pandu lalu (drive through) di cawangan-cawangan JPD yang berkenaan.

 

Manakala permohonan bagi perkhidmatan-perkhidmatan JPD yang lain untuk dihadapkan, dibayar dan diambil melalui perkhidmatan Drop, Pay and Collect melalui kaedah pandu lalu di cawangan-cawangan JPD yang berkenaan.

 

Sebelum  menghadapkan  permohonan bagi mana-mana  perkhidmatan  di  atas, orang ramai adalah dinasihatkan untuk memastikan syarat-syarat permohonan dipatuhi, maklumat dikemaskini serta dokumen yang diperlukan teratur dan disertakan (jika diperlukan). Sebarang borang permohonan dan maklumat lanjut mengenai tatacara memohon dan pandu lalu bagi perkhidmatan-perkhidmatan JPD bolehlah didapati dan dimuat turun dari laman sesawang JPD, www.mtic.gov.bn/ltd.

 

Waktu penerimaan permohonan melalui perkhidmatan TD 123 dan perkhidmatan Drop, Pay and Collect di kesemua cawangan JPD adalah seperti berikut:

Jenis perkhidmatanWaktu operasi

Penerimaan  permohonan  membaharui  DL  dan  VL

melalui TD 123

24 jam
*Pembayaran dan pengambilan DL dan VL yang telah siap melalui kaedah pandu lalu

 

 

 

 

08.00 pagi – 02.00 petang

Penghantaran permohonan bagi perkhidmatan- perkhidmatan lain Drop, Pay and Collect melalui kaedah pandu lalu


*Pembayaran dan pengambilan permohonan bagi perkhidmatan lain melalui perkhidmatan  Drop, Pay and Collect yang telah siap melalui kaedah pandu lalu

*Tertakluk juga kepada tarikh dan waktu pengambilan yang ditetapkan bagi setiap permohonan

 

Semasa pembayaran dan pengambilan permohonan-permohonan yang telah siap melalui kaedah pandu lalu, JPD memohon kerjasama orang ramai bagi perkara-perkara berikut:

i.       Mematuhi tarikh, waktu, tatacara dan tempat penghantaran dan pengambilan yang ditetapkan;

ii.       Untuk  memastikan  segala  dokumen-dokumen  (jika  diperlukan)  dan  wang  bayaran  dalam jumlah yang tepat tersedia;

iii.        Mengikut laluan yang dikhaskan dan berada di dalam kenderaan masing-masing pada setiap masa; dan

iv.       Mematuhi arahan-arahan daripada pegawai-pegawai yang bertugas.

 

JPD ingin memohon maaf sekali lagi atas sebarang kesulitan dihadapi oleh orang ramai dengan perubahan yang diperkenalkan.   Dikesempatan ini, JPD sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang ramai dalam sama-sama menangani virus COVID-19.

 

 

Pengarah Pengangkutan Darat

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Tarikh:  9 April 2020

Attachments