Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 09 April 2020 - Notis Makluman COVID-19

Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai beberapa perubahan terhadap perkhidmatan kaunter-kaunter dan penyerahan dan penghantaran paket-paket kecil dan bermula pada hari Isnin 19 Sya'aban 1441H bersamaan 13 April 2020M sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

 

Selaras dengan siaran akhbar Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), bertarikh 09 April 2020,  JPP akan menangguhkan semua perkhidmatan pembaharuan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan yang mulai hari Isnin 13 April 2020 boleh dibuat melalui  pilihan berikut:

1.    Melalui perkhidmatan Talian Darussalam 123 iaitu dengan menghubungi 123 atau melalui email ke info@123.com.bn

2.    Secara online melalui aplikasi mudah alih TransportBN.

3.    Melalui laman sesawang rasmi Kerajaan www.gov.bn

 

Manakala,   pengambilan   dan   pembayaran   permohonan-permohonan   yang   telah   siap   akan dilaksanakan melalui kaedah pandu lalu di cawangan-cawangan JPD.

 

Di samping itu, pembayaran bil-bil ASTRO, DST, Air dan Elektrik juga akan dihentikan buat sementara. Walaubagaimanapun, perkhidmatan pos seperti kaunter penyerahan bungkusan, surat berdaftar, pembelian setem dan perkhidmatan Premium akan masih dibuka seperti biasa. Manakala paket-paket kecil dan bungkusan akan dihantar ke rumah kecuali yang memerlukan pengesahan atau kebenaran dari agensi-agensi yang berkenaan. Bagi kemudahan pelanggan-pelanggan PosLaju, JPP akan menyediakan perkhidmatan pengambilan dari rumah pelanggan (pick-up service) bagi daerah Brunei dan Muara ke daerah-daerah lain sebagai permulaan.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (CSC) di talian +673 238

0481 atau +673 8711002 (Whatsapp) atau emel cscpost@post.gov.bn.

 

 

Disediakan oleh:

Jabatan Perkhidmatan Pos

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Negara Brunei Darussalam

Attachments