Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
13 April 2020, Isnin - Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Perkenalkan Pembayaran Bibd Online Bill Payment

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, mulai hari Isnin, 13 April 2020, memperkenalkan pembayaran menggunakan BIBD Online Bill Payment bagi orang ramai yang mempunyai akaun di Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dengan menggunakan Aplikasi Mudah Alih BIBD Online Apps.

 

Pembayaran melalui BIBD Online Bill Payment adalah bagi:

1. Penjelasan kompaun yang dikeluarkan oleh JPD terhadap pemilik atau pemandu kenderaan; dan,

2. Tempahan tawaran bilangan pendaftaran kenderaan yang berjaya

 

Kemudahan pembayaran kompaun dan pembayaran tawaran bilangan pendaftaran kenderaan menggunakan BIBD Online Bill Payment adalah bertujuan untuk:

• Memudahcara urusan pembayaran perkhidmtan-perkhidmatan berkenaan.

• Menyediakan jaminan keselamatan dan mengurangkan ketidakselesaan terutama kepada penender-penender yang berjaya yang perlu menguruskan pembayaran jumlah wang tunai yang banyak.

• Menggalakkan orang ramai agar cenderung membuat transaksi pembayaran tanpa wang tunai.

• Sebagai salah satu inisiatif meningkatkan mutu perkhidmatan JPD dengan peralihan kearah industry 4.0.

 

JPD juga akan melaratkan penggunaan BIBD Online Bill Payment ini bagi tujuan pembayaran perkhidmatan-perkhidmatan lain yang akan dimaklumkan kemudian.


Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi pada waktu bekerja samaada talian 2451980/81/82 samb. 111 atau 2423161 bahagian Penguatkuasaan JPD untuk mengetahui jumlah kompaun yang perlu dibayar atau emel kepada info_ltd@land-transport.gov.bn atau nombor.pendaftaran@land-transport.gov.bn.

 

Pengarah Pengangkutan Darat

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi 

Attachments