Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Isnin, 3 Ogos 2020 - Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah bersempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa bagi Tahun 1441H/2020M
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa telah mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidil Adha bagi tahun 1441H / 2020M pada hari Isnin, 12 Zulhijjah 1441H bersamaan 03 Ogos 2020 bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Majlis pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos.  

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.  

Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah bersempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha bagi tahun 1441H/2020M diikuti dengan pengagihan daging-daging korban dan aqiqah kepada peserta-peserta Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Takbir Hari Raya Aidil Adha dan membaca doa selamat telah dipimpin oleh Yang Mulia Imam Pengiran Haji Mohd. Ismail bin Pengiran Haji Tuah, Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas.  

Sebanyak 12 ekor kerbau telah dikorbankan pada tahun ini untuk ibadah korban dan aqiqah bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan serta Pihak-Pihak yang Berkuasa di bawahnya. Pembahagian daging-daging korban dan aqiqah berkenaan diagihkan melalui penyampaian dari Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi kepada peserta-peserta korban di majlis tersebut.  

Selain daripada itu, pengagihan juga dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Pos melalui kaedah penghantaran ke rumah-rumah asnaf fakir miskin yang dikenalpasti seramai 60 orang di tadahan Kampung Rimba, Perpindahan Rimba, Kampung Mata-Mata, Perpindahan Mata-Mata, Kampung Lambak dan Perpindahan Lambak. Bagi penerima-penerima lain seperti anak yatim dan kakitangan divisyen 5 Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan serta Pihak-Pihak yang Berkuasa di bawahnya turut juga diagihkan selepas acara majlis melalui perwakilan masing-masing.  

Disediakan oleh: 
Jabatan Perkhidmatan Pos 
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.  



Attachments