Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 13 Ogos 2020 - Sidang Media COVID-19

Pengemaskinian Garispandu Penggunaan Pengangkutan Awam dalam Langkah-Langkah Pengawalan Wabak COVID-19


1.      Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) ingin memaklumkan mengenai pengemaskinian garispandu bagi penggunaan Pengangkutan Awam semasa wabak COVID-19 yang akan mula berkuatkuasa pada Hari Isnin, 17hb Ogos 2020.

2.    Dalam garispandu yang dikemaskini ini, Pengusahapengusaha Pengangkutan Awam adalah dibenarkan untuk beroperasi 100% kapasiti duduk kenderaan daripada 50% sebelum ini.

3.   Walaubagaimanapun, Pengusaha Pengangkutan Awam serta penumpang-penumpang adalah masih perlu mematuhi garispandu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, antaralainnya adalah: 

      1. Pengusaha-pengusaha hendaklah menyediakan Kod QR BruHealth di pintu masuk dan dalam kenderaan. Manakala penumpang adalah dikehendaki untuk mengimbas Kod QR Bruhealth sebelum menaiki Pengangkutan Awam. Hanya penumpang yang mempunyai kod Hijau dan Kuning sahaja dibenarkan untuk menaiki Pengangkutan Awam;
      2. Pemakaian face mask adalah dimestikan di dalam Pengangkutan Awam sepanjang perjalanan; dan
      3. Pemandu (dan Konduktor bas) adalah disarankan untuk tidak menerima penumpang-penumpang melebihi kapasiti tempat duduk dan tidak menerima penumpang tambahan untuk berdiri dalam bas-bas pengangkutan awam di sepanjang perjalanan.
         

4.  Garispandu yang lengkap boleh didapati dan dimuat turun melalui website Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) iaitu www.jpd.gov.bn.

5.   Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) juga ingin mengingatkan kepada Pengusaha-Pengusaha Pengangkutan Awam yang didapati tidak mematuhi syaratsyarat yang ditetapkan adalah boleh diambil tindakan undangundang di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204. 

6.    Tanggungjawab sosial seperti menjaga kebersihan adalah juga meliputi pengangkutan di perairan. MTIC menyarankan kepada semua pemilik, pengusaha dan pemandu perahu penambang untuk bekerjasama dalam memastikan semua aspek kebersihan hendaklah dijaga termasuk pembersihan bangku-bangku duduk perahu dan jaket keselamatan bagi penumpang. 

7.   Keselamatan semasa menggunakan pengangkutan di perairan adalah perlu juga dijaga dengan sentiasa menggunakan jaket keselamatan.

Sekolah-Sekolah Memandu

8.  Dalam kesempatan ini juga saya bagi pihak Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua tenaga Pengajar SekolahSekolah Memandu dan juga orang ramai khususnya ibu bapa dan calon-calon pemandu di atas kerjasama dalam menangani penularan wabak COVID-19 melalui pelan de-escalation Sekolah-Sekolah Memandu di seluruh Negara, yang mana pada ketika ini adalah pada fasa ke-empat.
 

9.   Kementerian ini mengambil maklum bahawa ketika ini terdapat beberapa ujian memandu praktikal yang belum dapat dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) disebabkan oleh penutupan sementara yang telah dijalankan baru-baru ini. Perkara ini sedang ditangani oleh JPD dengan tambahan jumlah Pegawai Penguji dan meningkatkan kekerapan sesi ujian memandu, terutama bagi ujian praktikal di Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Litar, JPD, Kg Sungai Akar. Insya Allah, sesi ujian memandu praktikal akan kembali ke jadual seperti biasa pada penghujung bulan Ogos ke awal bulan September ini.

 Internet Café

10.   Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) juga ingin memaklumkan bahawa pelan de-escalation bagi Internet Café adalah masih dikekalkan pada fasa ketiga. Kementerian ini juga telah membuat penambahbaikan dalam Garispandu Pembukaan Semula dan Operasi Internet Café yang telah dikemaskini bermula 1hb Ogos 2020 yang lalu.

11.   Penambahbaikan tersebut antaralainnya adalah:

      Menghadkan jumlah pelanggan atau pengunjung dalam satu-satu masa tidak melebihi 90% dari jumlah kapasiti biasa (normal capacity) ruang duduk premis internet café berkenaan dengan memastikan penjarakan fizikal dan sosial sekurang-kurangnya satu (1) meter sepanjang akitiviti dijalankan;

      Pengusaha dikehendaki menyediakan Kod QR BruHealth bagi pelanggan untuk mengimbas Kod QR Bruhealth sebelum memasuki premis internet café. Hanya pengunjung yang mempunyai kod Hijau dan Kuning sahaja dibenarkan untuk memasuki premis; dan

      Pemakaian face mask adalah dimestikan untuk Pengusaha dan pengunjung semasa berada di dalam premis internet café. 

Penutup

12.   Dari itu, saya bagi pihak Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan agensi-agensi dibawahnya ingin menyarankan bagi semua pengguna, pengusaha dan manamana pihak berkepentingan (stakeholders) di dalam sektor pengangkutan dan juga sektor infokomunikasi untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab sosial masing-masing bagi menyokong usaha Kerajaan dalam menangani penularan wabak COVID-19 mengikut garispanduan dan nasihat Kementerian Kesihatan. Sekian terima kasih. -TAMAT


Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam 22 Zulhijjah 1441H /13 Ogos 2020M


Attachments