Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 27 Ogos 2020 - Perlancaran Projek Rintis bagi Menggantikan Alat Amaran Laju (Speed Warning Device, Swd) Di Bawah Peraturan-Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Kenderaan Bermotor [Alat Amaran Laju], 2002

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) melalui Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) telah melancarkan Projek Rintis bagi menggantikan Alat Amaran Laju (Speed Warning Device, SWD) dibawah Peraturan-Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Kenderaan Bermotor [Alat Amaran Laju], 2002 yang telah berlangsung pada pagi ini di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Tetamu Kehormat di majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunasi yang juga telah menyempurnakan pelancaran Projek Rintis ini dan seterusnya menyaksikan "live demo" teknologi "In Vehicle Monitoring System (IVMS" dan diikuti dengan tinjauan keatas kenderaan-kenderaan yang ikut serta dalam projek rintis ini yang dipasang dengan teknologi berkenaan.

Turut hadir di Majlis Pelancaran ini ialah Yang Berhormat Iswandy bin Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-Ahli Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) serta para jemputan khas terdiri dari syarikat-syarikat pembekal dan pengangkutan yang ikut serta dalam Projek Rintis ini.

Bercontohkan kepada amalan terbaik dalam dan luar negara, JPD dengan kerjasama Jabatan dan pihak berkuasa yang berkenaan serta syarikat-syarikat pembekal dan pengangkutan yang ikut serta akan melaksanakan Projek Rintis bagi menguji cuba teknologi GPS untuk menggantikan teknologi SWD yang ada pada masa ini.

Projek Rintis ini akan berjalan selama enam (6) bulan yang mana ahli Jawatankuasa Projek Rintis akan meneliti dan menilai maklumat yang diperolehi khususnya dari segi keberkesanannya dalam penguatkuasaan serta sustainability, dan seterusnya menghadapkan sokongan sama ada ianya akan dapat diterapkan secara menyeluruh. Setakat ini, sebanyak 3 syarikat pembekal dan 8 syarikat pengangkutan yang ikut serta dalam Projek Rintis ini. Jawatankuasa Projek Rintis ini berharap untuk menjemput lebih banyak syarikat pembekal dan syarikat pengangkutan untuk menyertai Projek Rintis ini.

Majlis pada pagi ini diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

 

 

Disediakan oleh:
Jabatan Pengangkutan Darat
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi




Attachments