Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Jumaat, 09 Oktober 2020 - Pembukaan Rasmi Singapore International Cyber Week (SICW) dan Persidangan Menteri-Menteri ASEAN mengenai Keselamatan Siber Kali ke-5 secara virtual / video conference, pada 6hb hingga 8hb Oktober 2020
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi yang juga adalah Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber, Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Singapore International Cyber Week (SICW) dan Persidangan Menteri-Menteri ASEAN mengenai Keselamatan Siber Kali ke-5 (5th AMCC) yang diadakan secara video conferencing pada 6hb hingga 8hb Oktober 2020. 

Dengan tema “Co-Operation in a Post-COVID Future”, SICW 2020 telah dibuka rasmi oleh Tuan Yang Terutama Heng Swee Keat, Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura pada 6hb Oktober 2020. Dalam ucapan pembukaan beliau, Tuan Yang Terutama telah melancarkan Safer Cyberspace Masterplan 2020, Republik Singapura yang mana antaralainnya, menggariskan rangka tindakan bagi mewujudkan ruang siber yang lebih selamat bagi Republik Singapura. 

Pembukaan Rasmi tersebut diikuti dengan Sesi Pembukaan SICW Ministerial Roundtable yang mana Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi turut serta sebagai ahli speaker dalam membincangkan mengenai “Navigating the Post COVID-19 New Normal: Threats to International Peace and Security in Cyberspace”. Semasa Sesi tersebut, Yang Berhormat Menteri telah mengongsikan perspektif Negara Brunei Darussalam dalam usaha ke arah memastikan ruang siber yang lebih selamat. Ini termasuk keperluan bagi pendekatan yang bersepadu dalam menangani aspek yang berkait rapat dengan keselamatan siber iaitu aspek teknologi, orang ramai dan proses.  


Turut diadakan sebagai sebahagian daripada SICW 2020 adalah Persidangan Menteri-Menteri ASEAN mengenai Keselamatan Siber Kali ke-5 (5th AMCC) pada 7hb Oktober 2020. AMCC adalah dialog diantara Menteri-Menteri yang bertanggungjawab keatas ICT dan Keselamatan Siber ASEAN untuk membincangkan isu-isu utama dan untuk lebih memudahcara kerjasama ASEAN dalam keselamatan siber. Semasa Persidangan AMCC kali ke-lima ini, Yang Berhormat Menteri juga telah mengongsikan perkembangan dalam lanskap keselamatan siber di Negara Brunei Darussalam. Ini termasuk dalam mengukuhkan penyelarasan dan urustadbir dalam keselamatan siber di peringkat nasional dengan pembentukan satu komiti di peringkat kebangsaan iaitu Jawatankuasa Kebangsaan Keselamatan Siber dan penubuhan Cyber Security Brunei (CSB) sebagai agensi kebangsaan keselamatan siber Negara Brunei Darussalam.

Persidangan AMCC kali ke-lima ini juga mengambil maklum akan perkembangan dalam penyediaan pelan tindakan jangka masa panjang bagi norma-norma responsible state behavior dalam ruang siber. Perkara ini akan diperincikan lagi oleh komiti yang baru ditubuhkan iaitu ASEAN Cybersecurity Coordinating Committee.  Persidangan AMCC kali ke-lima ini juga telah mengambil maklum akan kepentingan perlindungan Critical Information Infrastructures (CII) dari ancaman siber bagi memastikan ruang siber serantau yang lebih selamat dan terjamin.  

SICW mengadakan sesi penutup bagi Ministerial Rountable pada 8hb Oktober 2020 yang mengetengahkan perbincangan mengenai “Adapting to the New Normal: Innovation, Opportunities, Cooperation”. Dalam perbincangan tersebut, para panelis dan speaker menekankan kepentingan bagi kerajaan dan penyedia teknologi untuk bekerjasama dengan berdasarkan kepada prinsip yang diterjemahkan menjadi tindakan praktikal, terutama dalam menangani pandemik COVID-19. 

Singapore International Cyber Week adalah acara tahunan yang dikendalikan oleh Cyber Security Agency of Singapore.  Dengan tema “Co-Operation in a Post-COVID Future”, SICW 2020 merupakan wadah bagi para penggubal dasar serantau dan antarabangsa, peneraju industri, pakar dan akademia untuk saling melibatkan diri dalam dialog mengenai ruang siber yang dipercayai, selamat dan terjamin terutama sekali dalam keadaan pandemik COVID-19 ketika ini.

Turut hadir sebagai delegasi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) adalah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) MTIC, Yang Mulia Awang Shamsul Bahri bin Haji Kamis, Pesuruhjaya Interim, Cyber Security Brunei (CSB) beserta dengan pegawai-pegawai kanan daripada MTIC.



 
Disediakan oleh:-
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
8hb Oktober 2020



Attachments