Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 30 Disember 2020 - Majlis Penghargaan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya

Majlis Penghargaan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah diadakan pada petang ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC).

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Mohammad Alihan bin Abusamah, Pemangku Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB). Seramai 66 pesara bagi tahun 2018 dan 2019 telah menerima sijil dan cenderahati yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi pada majlis berkenaan. Majlis ini diadakan untuk menghargai bakti dan jasa yang disumbangkan sepanjang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohamad Yusof; Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Awang Haji Hairul Mohammad Daud bin Haji Abdul Karim; Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak Berkuasa yang berkenaan.

Attachments