Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 11 September 2021 - Pengemaskinian Perkhidmatan -Perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Berikutan Siaran Media Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi pada 9 dan 21 Ogos 2021, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin mengongsikan pengemaskinian mengenai perkhidmatan pendaftaran kenderaan, ujian Kod Jalan Raya (Highway Code, HWC) dan perkhidmatan-perkhidmatan Dalam Talian (Online), Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi seperti berikut:


Pendaftaran Kenderaan

1.            Perkhidmatan pendaftaran kenderaan meliputi kenderaan baru dan kenderaan import terpakai yang sudah ada di Negara ini masih dilaksanakan melalui SOP mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan mengenai situasi jangkitan COVID-19 di Negara ini
2.            Dalam menangani isu meningkatnya permohonan orang ramai bagi perkhidmatan pendaftaran kenderaan, bermula 13 September 2021, JPD akan mempertingkatkan keupayaan atau kapasiti memproses pendaftaran kenderaan secara "back-end" iaitu dengan menggunakan kaedah "de-centralization".  Tatacara ini adalah untuk mengurangkan kemungkinan penyebaran wabak Covid-19 dan masih memastikan pemberian perkhidmatan secara berterusan melalui business continuity plan (BCP) JPD.

3.            Dengan tambahan kapasiti memproses pendaftaran kenderaan secara "back-end" ini, JPD akan mampu memproses anggaran sehingga 250 permohonan seminggu peningkatan daripada 70 permohonan seminggu pada masa ini dan akan ditambah secara berperingkat mengikut BCP JPD.  Juga dikongsikan bahawa Talian Darussalam 123 (TD123) sedang diusahakan untuk menambah kapasitinya dalam masa yang terdekat.

 

Ujian Kod Jalan Raya (Highway Code, HWC) Secara Dalam talian (Online)

4.            JPD akan membukakan semula Ujian Kod Jalan Raya (Highway Code, HWC) secara atas talian (online) bermula hari Selasa 14 September 2021.

5.            Pelajar-pelajar memandu yang ingin menduduki ujian HWC adalah dinasihatkan untuk menghubungi sekolah-sekolah memandu masing-masing bagi tempahan dan mengetahui lebih lanjut tatacara ujian HWC secara dalam talian ini. Sebagai permulaan, keutamaan akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah membuat tempahan sebelum ini.
 6.            Untuk makluman orang ramai khususnya bakal-bakal pelajar memandu, beberapa sekolah-sekolah memandu di Negara ini telah mula mengadakan pembelajaran HWC secara dalam talian.

 7.            Orang ramai, khususnya bakal-bakal pelajar pemandu, adalah dinasihatkan untuk berhubung terus dengan sekolah-sekolah memandu berkenaan bagi urusan pembelajaran HWC untuk mendapatkan penerangan dan maklumat lanjut mengenainya. Senarai sekolah-sekolah memandu di Negara ini boleh didapati dari laman sesawang Jabatan ini di alamat www.jpd.gov.bn.

8.            Sementara itu, JPD sedang meneliti selanjutnya pembukaan semula latihan dan Ujian Memandu Jalan Raya yang masih ditangguhkan ketika ini, dengan mengambil kira perkembangan jangkitan COVID-19 di Negara ini. Sebarang perkembangan lanjut mengenainya akan dimaklumkan kemudian.

 

Perkhidmatan-Perkhidmatan Dalam Talian (Online) dan Perkhidmatan Lain

9.            Pada bulan Ogos 2021 yang lalu, sebanyak 4,827 permohonan bagi Lesen Memandu (DL) dan sebanyak 2,625 permohonan bagi Lesen Kenderaan (VL) yang telah diterima oleh Talian Darussalam 123 (TD123).  Manakala permohonan online adalah sebanyak 10,161 bagi DL dan 3,432 bagi VL yang diadakan melalui portal www.gov.bn atau aplikasi mudah alih TransportBN. 

10.         Oleh yang demikian, bagi meningkatkan khidmatan kepada orang ramai, sepertimana yang dimaklumkan pada 23 Ogos 2021, JPD telah membukakan sebanyak tiga talian panggilan terus (direct lines) tambahan bagi menyenangkan orang ramai menghubungi JPD bagi pertanyaan lanjut mengenai permohonan-permohonan yang telah dibuat.
11.         JPD mengambil maklum dan memohon maaf akan kesukaran orang ramai dalam mendapatkan jawapan melalui panggilan ke TD123 dan talian JPD. Sebagai usaha dalam meningkatkan lagi keperihatinan JPD dalam penyediaan perkhidmatan kepada orang ramai, JPD telah menyediakan "Frequenty Asked Questions" atau FAQs dan poster-poster ilustrasi berkenaan dengannya yang boleh didapati dari laman web rasmi Jabatan iaitu www.jpd.gov.bn atau dari laman media sosial Instagram JPD @jpdbrunei bagi mengetahui penjelasan dan maklumat terkini perkhidmatan-perkhidmatan JPD khususnya mengenai permohonan DL dan VL.

12.         Manakala itu, JPD sukacita memaklumkan bahawa bagi perkhidmatan-perkhidmatan lain, Jabatan ini akan dibukakan semula secara berfasa dalam masa yang terdekat dengan prosidur-prosidurnya selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan mengenai langkah-langkah pengawalan jangkitan wabak COVID-19 di Negara ini dan demi menjaga keselamatan serta kesejahteraan orang ramai dan kakitangan di Jabatan ini.

 13.         JPD ingin sekali lagi memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh orang ramai berkaitan dengan perubahan-perubahan yang diperkenalkan semasa melaksanakan BCP JPD.  JPD juga ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang ramai dalam sama-sama menangani jangkitan wabak COVID-19.

14.         Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah disalurkan dengan menghubungi Talian Darussalam 123 atau melalui Aplikasi WhatsApp Talian Darussalam +6738333123 atau melalui emel Talian Darussalam: info@123.com.bn

 

 

Pengarah Pengangkutan Darat

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Negara Brunei Darussalam

 

Tarikh: 3 Safar 1443/ 11 September 2021


Attachments