Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 14 Oktober 2021 - Pengemaskinian Perkhidmatan-Perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD)

Mengambil kira Business Continuity Plan (BCP) Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) yang berjalan pada masa ini, JPD ingin memaklumkan bahawa merujuk kepada pengumuman pada 7 Oktober 2021 yang lalu, beberapa perkhidmatan yang ditangguhkan sementara semasa bermulanya pandemik COVID-19 akan dibukakan semula kepada orang ramai secara berperingkat melalui kaedah pandu lalu (drive through) dan tempahan melalui aplikasi "Que-up" bagi menghantar (drop) permohonan sahaja.

Perkhidmatan "Drop" Melalui Kaedah Pandu Lalu (Drive Through) dan Tempahan Melalui Aplikasi "Que-Up"

1. JPD akan membukakan semula beberapa perkhidmatan kepada orang ramai bermula hari Rabu, 20 Oktober 2021 bagi cawangan Ibu Pejabat JPD, Beribi.

2. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang akan dibukakan semula adalah seperti berikut:

    1. Gantong, Penahanan Bilangan Pendaftaran Kenderaan (Holding), Serah Bilangan Pendaftaran Kenderaan dan Kondem;
    2. Tukar Milik, Pinjaman (Loan) dan Menamatkan Pinjaman Kenderaan (Cease Loan);
    3. Tiada Pengguna (Non-Used);
    4. Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan (Bilangan Pendaftaran) Kenderaan Khas;
    5. Pelesenan Kenderaan Komersial dan Pengangkutan Awam dan Permit Kenderaan Lintas Batas; dan
    6. Kenderaan Kerajaan (BG).

 

3. Buat masa ini, permohonan-permohonan yang telah siap diproses kemudiannya akan dikembalikan kepada pemohon melalui perkhidmatan Pos Laju sahaja.

4. Pembukaan perkhidmatan-perkhidmatan di atas bagi cawangancawangan JPD yang lain akan dimaklumkan kemudian.

5. JPD ingin menekankan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan "Drop" secara pandu lalu ini hanya akan diberikan kepada pemohon yang menempah melalui aplikasi "Que-Up" sahaja. Perkhidmatan yang dibukakan semula juga adalah terhad kepada perkhidmatanperkhidmatan yang disenaraikan di atas sahaja dan sebarang urusan secara "walk-in" atau permohonan lain selain dari yang disenaraikan di atas adalah tidak diterima pada masa ini. Orang ramai bolehlah memuat turun aplikasi "Que-Up" ini melalui "Appstore" dan "Google Play".

6. Waktu perkhidmatan bagi perkhidmatan "Drop" secara pandu lalu ini adalah pada setiap hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula pada jam 8.15 pagi hingga 1.00 petang kecuali pada hari-hari cuti awam.

7. Seterusnya, JPD ingin menyarankan agar para pemohon yang mempunyai slot tempahan hendaklah mengisikan borang permohonan dengan lengkap dan turut menyertakan bersama dokumen-dokumen sokongan yang dikehendaki. Pembayaran bagi perkhidmatanperkhidmatan di atas juga hendaklah dibuat melalui "BIBD Online Payment" sebelum permohonan dihadapkan.

8. JPD juga memohon kerjasama pemohon atau pemandu pandu lalu untuk bekerjasama dalam mematuhi arahan-arahan yang diberikan oleh kakitangan yang bertugas serta mematuhi SOP bagi perkhidmatan pandu lalu ini seperti berikut:

  1. Memastikan kod Bruhealth berwarna hijau dan kuning sahaja;
  2. Memakai sungkup muka;
  3. Hanya pemandu serta seorang penumpang saja berada dalam kenderaan ketika hendak menghantar borang; dan
  4. Tidak dibenarkan keluar dari kenderaan semasa penghantaran.

 

9. Video mengenai tatacara perkhidmatan "Drop" melalui kaedah pandu lalu (drive through) dan tempahan melalui aplikasi "Que-Up" ini boleh diakses oleh orang ramai di pautan www.jpd.gov.bn/pandulalu.

Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan (Bilangan Pendaftaran) Kenderaan Khas

10. JPD sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan (Bilangan Pendaftaran) Kenderaan Khas ini akan dibukakan pada hari Rabu 20 Oktober 2021 dan akan tutup pada 23 November 2021.

11. Orang ramai yang berminat untuk mengikuti Tawaran Tertutup ini hendaklah mengisikan dengan lengkap borang yang disediakan serta mematuhi syarat-syarat Tawaran dan kemudiannya dihadapkan di dalam sampul surat yang tertutup melalui perkhidmatan "Drop" secara pandu lalu di atas dengan tempahan melalui aplikasi "Que-Up".

12. Sehubungan ini, JPD ingin memaklumkan mengenai syarat Tawaran bagi Bilangan Pendaftaran Khas ini khususnya kadar harga minima serta caj-caj yang dikenakan (tidak dikembalikan atau Non-refundable) seperti berikut:

Bilangan PendaftaranHarga MinimaCaj Pembayaran Penyertaan Tawaran (NonRefundable)Caj Perkhidmatan (NonRefundable)
1 digit$5,000.00$1,000.00$25.00
2 digit$2,000.00$500.00$25.00

 

13. Caj Pembayaran Penyertaan Tawaran (Non-Refundable) dan caj Perkhidmatan (Non-refundable) hendaklah dibuat pembayarannya melalui "BIBD Online Payment" sebelum permohonan dihadapkan. Syarat-syarat Tawaran, tatacara menghadapkan permohonan dan membuat pembayaran serta senarai bilangan pendaftaran yang ditawarkan boleh didapati dari www.jpd.gov.bn/Nomborkhas.

14. Keputusan Tawaran akan dimaklumkan kemudiannya kepada pemohon melalui pesanan ringkas (SMS) dan senarai yang berjaya akan dimuatkan di dalam instagram @jpdbrunei.

15. Untuk keterangan lanjut mengenai tatacara perkhidmatan pandu lalu ini, borang-borang permohonan, senarai semak dokumen sokongan serta perkhidmatan-perkhidmatan JPD yang lain, orang ramai bolehlah memuat-turun "Frequently Asked Questions (FAQ)" dengan melayari www.jpd.gov.bn/faqs atau instagram @jpdbrunei, atau email info_ltd@jpd.gov.bn atau talian tambahan 2451980/82/84.

 

Disediakan oleh:
Jabatan Pengangkutan Darat
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam
E-mel: info_ltd@jpd.gov.bn


 


Attachments