Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 27 November 2021M - Majlis Membaca Surah Yassin, Tahlil, Doa Keselamatan, Doa Menghindari Penyakit Wabak COVID-19 dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam



Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin, Tahlil, Doa Keselamatan, Doa Menghindari Penyakit Wabak COVID-19 dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Lalu Lintas Jalanraya Sedunia 2021 secara maya (virtual) pada pagi ini.

Majlis ini adalah sebahagian dari acara yang dirancang bagi menyambut Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Lalu Lintas Jalanraya Sedunia 2021. Majlis ini diadakan dengan tujuan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala untuk keselamatan negara ini, terutamanya pengguna-pengguna jalan raya agar sentiasa diberikan perlindungan dari kemalangan dan perkara-perkara yang tidak diingini.

Hadir secara maya di majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi selaku Pengerusi MKKJR.

Majlis dimulakan dengan bacaan bacaan Surah Yasin, Tahlil, Doa Keselamatan, Doa Menghindari Penyakit Wabak COVID-19 dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh Awang Abdul Razak bin Samat, Imam Tingkat I Masjid Rashidah Saadatul Bolkiah Kampong Sungai Akar.

Majlis juga turut dihadiri secara maya oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan selaku Timbalan Pengerusi MKKJR; Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ahli dan Ambassador MKKJR; Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan- Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Ahli-Ahli Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalanraya, Pegawai-Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Eksekutif, Ketua- Ketua Jabatan, Pegawai- Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Jabatan-Jabatan di bawahnya dan Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya serta Pengusaha-Penguasa Sekolah Memandu dan Bas seluruh negara.

Dalam kesempatan ini, Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan keselamatan jalan raya terjaga, ini termasuk dari perancangan, penyediaan dasar, penguatkuasaan, petugas kecemasan, NGO-NGO dan juga orang ramai. Marilah kita sentiasa mematuhi peraturan jalanraya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Amalkan sifat bersopan santun, hormat-menghormati dan bertolak ansur di jalanraya. Di samping itu janganlah kita lupa kepada Allah Subhanahu Wata'ala pada setiap masa, keadaan dan tempat dengan mengamalkan doa dan zikir. Sama-samalah kita berdoa semoga kita dihindarkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini dan sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal Alamin.

 

 

Disediakan oleh:

Urusetia MKKJR

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi 

Negara Brunei Darussalam


Attachments