Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 22 Disember 2021 - Siaran Media Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Mengenai Pengemaskinian Perkhidmatan Membaharui Lesen Kenderaan (Road Tax) dan Lesen Memandu

Susulan daripada Siaran Media Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi pada hari Selasa 21 Disember 2021, Jabatan Pengangkutan Darat ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai pengemaskinian perkhidmatan membaharui Lesen Kenderaan (Road Tax) dan Lesen Memandu dengan lebih terperinci seperti berikut:

 

Lesen Kenderaan (Road Tax) dan Lesen Memandu

1.    Perkhidmatan membaharui Lesen Kenderaan (Road Tax) atau Lesen Memandu boleh dipohonkan melalui perkhidmatan kaunter-kaunter JPD dan kaunter-kaunter Pejabat-pejabat Pos yang dikenalpasti iaitu Pusat Memproses Mel (MPC), Seri Kompleks, Gadong, Sengkurong, Muara, Tutong. Seria dan Mumong atau melalui permohonan dalam talian melalui portal www.gov.bn atau aplikasi TransportBN atau Talian Darussalam 123.

2.    Lesen Digital adalah "digital twin" bagi Lesen Kenderaan (Road Tax) dan Lesen Memandu. Oleh itu, pelekat Road Tax dan kad lesen memandu adalah masih sah digunapakai, begitu juga lesen dalam bentuk Digital. Dalam pada itu, pelekat Lesen Kenderaan (Road Tax) dilekatkan di cermin kenderaan atau disimpan sahaja didalam kenderaan.

3.    Sementara itu, pemohon yang hendak membaharui Lesen Kenderaan (Road Tax) adalah tidak diperlukan untuk membawa bersama Buku atau Kad Pendaftaran Kenderaan semasa memohon.

4.    Semua permohonan yang dibuat pada 8 Oktober 2021 sehingga 21 Disember 2021 samada melalui perkhidmatan kaunter-kaunter JPD dan kaunter-kaunter Pejabat Pos yang dikenalpasti atau melalui permohonan atas talian melalui portal www.gov.bn atau aplikasi TransportBN atau Talian Darussalam 123 atau pemohon yang sudah menerima SMS atau belum menerima SMS boleh mendapatkan pelekat Lesen Kenderaan (Road Rax) atau kad Lesen Memandu melalui kaunter-kaunter berikut:

a.    Bagi cawangan-cawangan JPD bila-bila masa mengikut waktu operasi perkhidmatan kaunter JPD yang telah ditetapkan;

b.    Bagi cawangan Pejabat-Pejabat Pos iaitu Pusat Memproses Mel (MPC), Seri Kompleks, Gadong, Sengkurong, Muara, Tutong. Seria dan Mumong yang akan bermula pada 27 Disember 2021 mengikut waktu operasi perkhidmatan kaunter Pejabat Pos yang telah ditetapkan.

5.    Untuk makluman orang ramai, waktu operasi perkhidmatan kaunter JPD adalah seperti berikut:

                           i.         Perkhidmatan kaunter di cawangan Ibu Pejabat, Beribi Gadong bermula 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.00 petang bagi  semua jenis perkhidmatan JPD. Walaubagaimanapun, perkhidmatan bagi membaharui atau mencetak Lesen Kenderaan (Road Tax) dan Lesen Memandu masih boleh didapati juga pada waktu tengahari dari pukul 11.30 pagi hingga 1.30 petang.

                          ii.         Perkhidmatan kaunter di cawangan Kompleks Litar Memandu, Kuala Belait, Temburong dan Tutong bermula pada 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.00 petang bagi kesemua jenis perkhidmatan JPD.

 

Penguatkuasaan Lesen Digital

6.    Untuk makluman orang ramai sejak tarikh bermulanya penggunaan lesen digital pada 15 Disember 2021, Unit Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Darat telah mengadakan operasi rondaan di kawasan Daerah Brunei Muara pada 16 hingga 21 Disember 2021 dan mendapati sebanyak 21 kesalahan bagi pemilik dan pemandu kenderaan yang menyalahi peraturan di bawah Akta dan Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Penggal 68).

7.    Kesemua 21 kesalahan tersebut telah diperiksa status tempoh sah Lesen Kenderaan (Road Tax) atau Lesen Memandu melalui Lesen Digital dan didapati satu (1) daripada kenderaan tersebut mempunyai Lesen Kenderaan (Road Tax) yang tempoh sah mansuh dan Unit Penguatkuasaan JPD telah mengeluarkan kompaun terhadap pemilik kenderaan berkenaan.

8.    Penguatkuasaan Lesen Digital ini bukan sahaja digunapakai oleh Unit Penguatkuasaan JPD malah ianya juga digunapakai oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam menguatkuasakan Akta dan Peraturan Lalulintas Jalan Raya.

9.    Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123, talian WhatsApp JPD di +673 7181641 atau Instagram @jpd.bn atau mengemel kepada info_ltd@jpd.gov.bn.

 

Sekian, terima kasih.

                            

                                                                   

Disediakan oleh:

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Negara Brunei Darussalam

E-mel: info@mtic.gov.bn


Attachments