Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 23 Disember 2021 - Forum Penerbangan Awam Sempena Hari Penerbangan Awam Antarabangsa 2021: ‘The New Normal of Air Travel’

Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah mengadakan satu sesi forum pada hari ini, Khamis, 23 Disember 2021 secara maya (virtual).

Forum Penerbangan Awam 2021 diadakan bersempena dengan Hari Penerbangan Awam Antarabangsa yang disambut oleh Negara-Negara Ahli Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada 7 Disember setiap tahun.

Selaras dengan tema Hari Penerbangan Awam Antarabangsa bagi tahun 2020-2023 iaitu "Advancing Innovation for Global Aviation Development', Forum Penerbangan Awam 2021 ini bertujuan untuk memberikan pencerahan kepada orang ramai tentang prosedur dan langkah- langkah pengawalan yang perlu diambil perhatian dalam mengawal penularan pandemik COVID- 19 dan pada masa yang sama bertujuan untuk membina keyakinan orang ramai yang akan menjalani perjalanan udara dari satu negara ke satu negara lain. Ini turut mengambilkira norma baru peralihan Negara Brunei Darussalam ke fasa endemik, di mana pembukaan semula sempadan dilaksanakan secara beransur-ansur bagi non-essential travelers.

Seramai (5) lima orang ahli panel telah diundang dari dalam dan luar negara untuk menyampaikan dan mengongsikan topik-topik yang berkaitan dengan perjalanan udara didalam norma baharu dan amalan terbaik yang disyorkan bagi persediaan penumpang-penumpang sebelum, semasa dan selepas menjalani perjalanan udara, sesuai dengan tema Forum Hari Penerbangan Awam 2021 pada tahun ini iaitu 'The New Normal of Air Travel'.

Ahli-ahli panel pada forum tersebut terdiri daripada Yang Mulia Captain Mohamed Rosli bin Othman mewakili Jabatan Penerbangan Awam, Yang Mulia Kamal Ariffin bin Dato Paduka Haji Abdul Rahman, Syarikat Penerbangan DiRaja Brunei (RB); Yang Mulia Azhar Azahari, International Air Transport Association (IATA); Haji Darryl Aidin bin Haji Maidin, Brunei Insurance and Takaful (BITA) dan Mohd Iswandi bin Maaruf daripada Brunei Association of Hotels (BAH) . Moderator bagi forum berkenaan ialah Yang Mulia Pengiran Muhammad Hizami bin Pengiran Haji Yasmin, Pegawai Operesen daripada Jabatan Penerbangan Awam.

Hadir secara maya di forum ini ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Turut hadir secara maya ialah Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap, Pmk Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Eksekutif, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infolomunikasi, jabatan-jabatan dan autoriti di bawahnya dan juga agensi- agensi yang berkepentingan.

 

 

Disediakan oleh:

Jabatan Penerbangan Awam

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Bandar Seri Begawan


Attachments