Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Release

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI DAN JABATAN-JABATAN SERTA PIHAK-PIHAK BERKUASA DI BAWAHNYA KELOLAAN JABATAN PENERBANGAN AWAM BAGI TAHUN 1440H/ 2019M









Isnin, 27 Mei 2019 – Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta pihak-pihak bekuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim yang diselajurkan dengan Majlis Berbuka Puasa pada petang tadi bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Majlis pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Hadir di majlis tersebut bagi menyempurnakan penyampaian derma kepada anak-anak yatim ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd. Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi dan Korporat), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Yang Mulia Dayang Hajah Airah binti Haji Abdullah, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan, Penyelidikan dan Perkembangan), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak, Ketua Eksekutif, Pihak Berkuasa Industri Teknologi info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) beserta  Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Jabatan-Jabatan dan pihak-pihak berkuasa di bawahnya.

Seramai 32 orang anak-anak yatim telah diraikan dan menerima derma sumbangan dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan- jabatan serta pihak-pihak bekuasa di bawahnya, dengan kerjasama tanggungjawab korporat sosial bersama Bank Islam Brunei Darussalam serta syarikat-syarikat yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa.

Majlis pada petang tadi turut diserikan dengan Ceramah Khas yang disampaikan oleh Ustaz Haji Muhammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, Penolong Pensyarah Fakulti Usuluddin, Univerisiti Islam Sultan Sharif Ali.

Attachments
Created at 5/29/2019 12:11 PM by Aimi Bin Tuah
Last modified at 5/29/2019 12:23 PM by Aimi Bin Tuah