Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PENGELUARAN KAD LESEN MEMANDU TANPA MIKROCIP

Khamis, 10 Disember 2018 – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Kementerian Perhubungan dengan ini memaklumkan kepada orang ramai khususnya kepada pemohon-pemohon baharu dan yang ingin membaharui Lesen Memandu mereka bahawa mulai 10 Disember 2018, JPD dan cawangan-cawangannya serta Pejabat-Pejabat Pos yang berkenaan akan mula mengeluarkan kad Lesen Memandu tanpa mikrocip. Sementaraitu, ciri-ciri lain termasuk barcode yang ada pada kad Lesen Memandu pada masa ini adalah masih sama.

Pengeluaran kad lessen memandu baharu ini adalah antara usaha JPD dalam mempertingkatkan keberkesanan operasi dan pentadbirannya. Ianya adalah selaras dengan amalan-amalan terbaik dan piawaian antarabangsa, khususnya berkaitan dengan ciri-ciri kad lessen memandu. Berikut adalah contoh kad Lesen Memandu tanpa mikrocip (Contoh A) yang akan dikeluarkan untuk menggantikan kad Lesen Memandu yang ada mikrocip (Contoh B) pada masa ini.

Pemohon-pemohon yang telah dikeluarkan resit oleh cawangan JPD atau Pejabat-Pejabat Pos yang berkenaan sebelum ini semasa memohon Lesen Memandu baharu  atau untuk membaharui Lesen  Memandu mereka adalah dipohonkan untuk datang kecawangan JPD dan Pejabat-Pejabat Pos yang berkenaan pada tarikh yang telah ditetapkan di dalam resit tersebut, untuk mendapatkan kad Lesen Memandu mereka.

Sementara itu, pemandu-pemandu yang memiliki kad Lesen Memandu yang ada mikrocip yang masih sah laku, kad Lesen Memandu mereka hanya akan ditukar kepada kad Lesen Memandu tanpa mikrocip semasa hendak membaharui Lesen Memandu mereka itu nanti. Untuk makluman orang ramai juga, kedua-dua kad Lesen Memandu yang ada mikrocip dan tanpa mikrocip adalah sah digunakan di dalam dan luar negara.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, JPD pada waktu bekerja di talian 2451979/2451980 sambungan 107, 2420846 atau emel kepada info@land-transport.gov.bn atau dengan menghubungi Talian Darussalam 123. Di kesempatan ini, JPD ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh orang ramai dan memohon sokongan berterusan daripada orang ramai dalam usaha Jabatan ini mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai.

PENGIRAN MOHAMMAD AMIRRIZAL BIN PENGIRAN HAJI MAHMUD

Pemangku Pengarah Pengangkutan Darat

Tarikh: 8 Disember 2018


Attachments