Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PENUTUPAN KAUNTER JPD SEBELAH PETANG, 31 DISEMBER 2018

​Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua perkhidmatan kaunter di semua bahagian pembayaran di Ibu Pejabat JPD, Beribi, Jalan Gadong dan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan (VIC) serta di cawangan-cawangan JPD iaitu: di Kompleks Litar dan Ujian Memandu JPD Sungai Akar, Cawangan JPD Daerah Brunei Muara (Pejabat lama), Cawangan JPD Daerah Belait, Cawangan JPD Daerah Tutong dan Cawangan JPD Daerah Temburong hanya akan dibuka pada sebelah pagi sahaja, mulai jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi, pada HARI ISNIN, 31 Disember 2018 dan akan ditutup pada sebelah petangnya. Penutupan tersebut adalah disebabkan Penutupan Akhir Tahun Kewangan Bank 2018.

Semua Perkhidmatan Kaunter JPD dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan (VIC) serta cawangan JPD akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari RABU, 02 Januari 2019, jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.00 petang.

Jabatan Pengangkutan Darat memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi.


HAJI ROZALY BIN HAJI SAIDON
Pemangku Pengarah
Jabatan Pengangkutan Darat
Kementerian Pengangkutan dan InfoKomunikasi

Attachments