Selasa, 04 Jun 2019 - Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa JPD akan melaksanakan langkah-langkah ke arah memantapkan urustadbir pengurusan bilangan pendaftaran kenderaan (Tanda Pengenalan Kenderaan). Usaha ini bertujuan untuk memudahcara urusan orang ramai dalam mendapatkan bilangan pendaftaran kenderaan dan memberikan perkhidmatan yang lebih telus, saksama, sistematik dan teratur.
Pengemaskinian dasar bilangan pendaftaran kenderaan ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Fasa Pertama iaitu pengemaskinian syarat-syarat tawaran bilangan pendaftaran kenderaan yang akan dilaksanakan bermula dengan siri BAW serta bilangan pendaftaran kenderaan yang ditawarkan semula bagi siri-siri sebelum dan selepas BAW. Sementara itu, fasa-fasa seterusnya akan melibatkan antara lain pelaksanaan sistem e-bidding.
Khusus bagi Fasa Pertama, beberapa syarat tawaran bilangan pendaftaran kenderaan telah dikemaskini seperti berikut:
1. Memperkenalkan 3 kategori bilangan pendaftaran kenderaan dengan harga tawaran minima seperti berikut:
2. Mengemaskini syarat-syarat pembayaran dan pendaftaran bilangan pendaftaran kenderaan seperti berikut:
3. Di kesempatan ini, JPD mengalu-alukan permohonan melalui emel kepada nombor.pendaftaran@land-transport.gov.bn. Maklumat terperinci dan borang permohonan bilangan pendaftaran kenderaan boleh dimuat turun dari laman sesawang Jabatan ini iaitu www.ltd.gov.bn
4. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh berkunjung ke manamana cawangan JPD. Orang ramai juga boleh menghubungi Jabatan ini pada waktu bekerja di talian 2451979 / 2451980 sambungan 206 atau emel kepada nombor.pendaftaran@land-transport.gov.bn atau info@land-transport.gov.bn.
5. JPD berharap langkah-langkah ini akan lebih memudahkan orang ramai berurusan bagi mendapatkan bilangan pendaftaran kenderaan. JPD juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama orang ramai dalam hal ini.
6. Untuk makluman jua, JPD akan mengadakan Information Day mengenai urustadbir pengurusan bilangan pendaftaran kenderaan (Tanda Pengenalan Kenderaan), pada 29 Jun 2019, hari Sabtu, bertempat di Ibu Pejabat JPD, Gadong.
HAJI ROZALY BIN HAJI SAIDON
Pemangku Pengarah
Jabatan Pengangkutan Darat
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi