Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
OPERASI PENGUATKUASAAN SEPARUH TAHUN PERTAMA JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

24 Ogos 2019 – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) telah meneruskan operasi-operasi penguatkuasaan dengan mengadakan pemeriksaan dan rondaan oleh Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Undang-Undang JPD atau melalui operasi "On The Move" bersepadu bersama pihak Pasukan Polis Diraja Brunei.

Tujuan utama operasi-operasi ini adalah kearah usaha berterusan JPD bagi memastikan orang ramai khususnya pengguna jalanraya akan sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalanraya yang mana ia nya akan dapat meningkatkan keselamatan jalanraya di Negara ini.

Seperti jua tahun tahun sebelum ini, JPD mengambil perhatian kepada pematuhan memandu dan kenderaan sama ada persendirian mau pun komersil dan pengangkutan awam serta barangan.

Setakat separuh tahun 2019 ini sahaja beberapa siri operasi telah dijalankan oleh JPD dimana hasilnya mendapati pelbagai jenis kesalahan dari segi undang-undang dan peraturan jalanraya telah dicatakan melalui operasi "on the move"antara lainnya:

i) Sembilan (9) pemandu dikenakan kompaun bagi kesalahan menggunakan telepon bimbit semasa memandu dikenakan kompaun;

  • Bagi kesalahan pertama adalah sebanyak $200.00, bagi kesalahan kedua sebanyak $400.00 dan bagi kesalahan ketiga boleh dihadapkan kemahkamah. Sejumlah 12 mata demerit juga telah dikenakan.

     

ii)Dua (2) pemandu dikenakan kompaun bagi kesalahan tidak menggunakan/memasang talipinggang keselamatan atau talipinggang keledar ketika memandu berbanding 17 pemandu dikenakan kompaun dari 6 bulan pertama tahun lepas.

  • Bagi kesalahan pertama adalah sebanyak $150.00, bagi kesalahan kedua sebanyak $300.00 dan bagi kesalahan ketiga sebanyak $500 dan seterusnya boleh dihadapkan kemahkamah.

Senarai jenis-jenis kesalahan lalulintas berkaitan pemanduan iaitu bagi tempoh enam (6) bulan pertama semenjak bulan Januari hingga bulan Jun 2019 seperti berikut:

demerit.jpg

Sementara itu, pemantauan terhadap kenderaan berat dan treler yang diletakkan bukan ditempat dibenarkan JPD akan sentiasa dipantau oleh JPD dan pada 19 Ogos 2019, seorang Pemandu asing kenderaan berat dari Syarikat Brunei Transporting Company telah dikenakan kompaun $50 tepi jalanraya di Simpang 845 Kg Jangsak atas kesalahan meletakkan trailer dikawasan-kawasan tidaki benarkan dan boleh membahayakan orang awam dan pengguna jalanraya lain.

Manakala satu pemantauan diadakan pada malam Jumaat, 22 Ogos 2019, dan mendapati beberapa kenderaan berat dan treler milik Syarikat D & J Transport Services dan Syarikat Brunei Transporting Company telah didapati menyalahi peraturan dan undang-undang atas kesalahan yang sama.

Denda dan kompaun yang dikenakan kepada mana-mana pemandu yang tidak mematuhi Akta dan Peraturan bagi kesalahan meletakkan kenderaan di tempat yang bukan dikhaskan akan dikenakan kompaun seperti berikut:

 

Kesalahan Pertama    : Lima Puluh Ringgit (B$50)

Kesalahan Kedua       :  Satu Ratus Lima Puluh Ringgit (B$150)

Kesalahan Ketiga       :  Tiga Ratus Ringgit (B$300)

Kesalahan Keempat   :  Lima Ratus Ringgit (B$500)

Kesalahan Seterusnya : Pemandu bolehdi hadapkan ke Mahkamah

Manakala Lesen Sewa dan Upah syarikat pengangkutan juga akan digantung bagi tempoh 3 bulan.

Sekali lagi JPD mengingatkan kepada semua pengusaha/pemilik syarikat-syarikat pengangkutan supaya akan dapat memastikan pemandu-pemandu kenderaan berat dan komersil milik syarikat masing-masing meletakkan kenderaan di tempat yang dikhaskan dan bukannya di tepi-tepi jalanraya.

JPD juga meningkatkan supaya  pemandu-pemandu kenderan berat hendaklah mengamalkan pemanduan yang berhati-hati dan mengikut had laju yang ditetapkan terutama pada waktu malam.

JPD tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan sebarang Kompaun, Mata Demerit SiKAP dan notis penggantungan Lesen Sewa dan Upah kepada mana-mana syarikat pangangkutan yang gagal mematuhi Akta dan Peraturan Lalulintas Jalan Raya. 

Di kesempatan ini, JPD sekali lagi ingin mengingatkan kepada orang ramai khususnya penguna jalanraya untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalulintas jalanraya serta meningkatkan kewaspadaan semasa berada di jalanraya sama ada sebagai pemandu, pejalan kaki, penunggang basikal atau motorsikal.

Orang ramai dialu-alukan menghadapkan aduan dengan menghubungi Talian Darusalam 123 atau melalui Aplikasi Whats App Talian Darussalam +6738333123 atau melayari laman sesawang Talian Darussalam www.123.gov.bn dengan memberikan maklumat jelas seperti keterangan kenderaan, pemandu, kawasan kejadian berkenaan. JPD sangat mengalu-alukan kerjasama semua pihak termasuk oranng awam dimana keselamatan jalanraya adalah merupakan tanggungjawab bersama.

Disediakan :

Haji Rozaly Haji Saidon

PemangkuPengarahPengangkutanDarat

KementerianPengangkutandanInfokomunikasi.

Attachments