Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA SEKOLAH-SEKOLAH MEMANDU, MENERUSKAN PEPERIKSAAN UJIAN KOD UNDANG-UNDANG JALAN RAYA (HIGHWAY CODE EXAMINATION) DAN MENERUSKAN UJIAN MEMANDU BAGI MENGURANGKAN RISIKO JANGKITAN COVID-19

Khamis, 19 Mac 2020 - Berikutan dengan penularan jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ingin memaklumkan bahawa mulai hari Sabtu, 26 Rejab 1441 bersamaan 21 Mac 2020, beberapa langkah akan diambil terhadap pembelajaran, latihan dan ujian memandu seperti berikut dan perkara-perkara tersebut akan direbiu dari semasa ke semasa:-

  1. Semua Sekolah-Sekolah Memandu di kesemua Daerah akan ditutup sementara sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian;
  2. Ujian Memandu adalah diteruskan bagi tempahan awal yang diterima sehingga 20 Mac 2020. Sebarang permohonan baharu selepas 20 Mac akan ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
  3. Peperiksaan Ujian Kod Undang-Undang Jalan Raya (Highway Code Examination) adalah masih diteruskan bagi tempahan awal yang diterima sehingga 20 Mac 2020 sahaja.

Dalam pada itu, JPD sukacita ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat dalam hal-ehwal ujian memandu supaya akan dapat mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan antaranya dengan membuat pengisytiharan sejarah perjalanan dan kesihatan, mengisikan borang deklarasi kesihatan (health declaration form) sebelum memulakan ujian memandu, mengamalkan kebersihan diri dan kenderaan serta mengikuti prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh JPD dari masa kesemasa. 

Bagi sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan JPD, orang ramai bolehlah menghubungi JPD di talian 2423161 atau 2451979/80/81 samb. 111 atau 214  semasa waktu pejabat atau emel kepada info_ltd@land-transport.gov.bn.

Disediakan oleh:

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Negara Brunei Darussalam

24 Rejab 1441/ 19 Mac 2020

Attachments