Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KENYATAAN AKBAR PEMBAYARAN ATAS TALIAN

Dalam memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan atas talian (online), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) melalui Pusat Kebangsaan e-Kerajaan (EGNC) ingin merakamkan penghargaan di atas penerimaan dan kerjasama orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan.

Bagi menjamin proses online berjalan dengan lancar, selain daripada mengemaskini dokumen-dokumen, adalad disarankan orang ramai bagi memudahkan proses pembayaran online untuk memastikan kad kredit atau kad debit yang akan digunakan adalah terlebih dahulu dibenarkan (authorised) oleh bank para pengguna masing-masing bagi kegunaan online dan dihubungkan kepada akaun bank yang aktif.

Pada tempoh masa 01 April 2020 hingga 12 April 2020, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) telah menerima kira-kira seribu permohonan bagi membaharui lesen kenderaan dan sebanyak seribu seratus permohonan bagi membaharui lesen memandu melalui aplikasi mudah alih TransportBN dan juga portal rasmi kerajaan www.gov.bn. Dari jumlah-jumlah tersebut terdapat sejumlah permohonan yang gagal atas sebab pembayaran online ditolak (declined), baki tidak mencukupi (insufficient funds) atau pemegang kad tidak disahkan (card holder not authorised).

Orang ramai juga perlu mempunyai akaun e-darussalam terlebih dahulu bagi menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan atas talian (online) yang disediakan oleh Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Tempoh masa bagi Talian Darussalam untuk mengaktifkan akaun e-darussalam setelah permohonan yang lengkap diterima melalui Whatsapp ataupun emel adalah selama dua (2) hari.

Bagi sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan atas talian, orang ramai bolehlah menghubungi Talian Darussalam di talian 123.

pembayaran atsa talian.jpg

Attachments