Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PATUHI PERATURAN LALU LINTAS DAN SAYANGI ALAM SEKITAR

PATUHI PERATURAN LALU LINTAS DAN SAYANGI ALAM SEKITAR

Daerah Temburong, Negara Brunei Darussalam, Hari Rabu, 24 Jun 2020

Sejak Jambatan Penghubung Daerah Brunei-Muara ke Daerah Temburong ini dibukakan penggunaannya pada 17 Mac 2020, rakyat dan penduduk negara ini termasuk orang ramai telah dapat memanfaatkan perjalanan yang lebih cepat, mudah dan selamat dari Daerah Brunei-Muara ke Daerah Temburong dengan menggunakan kenderaan sendiri tanpa perlu merentasi sempadan atau menggunakan perkhidmatan bot.

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan ini sukacita ingin memberikan peringatan kepada orang ramai dan para pengguna Jambatan berkenaan terutama sekali para pemandu kenderaan akan kewajipan mematuhi peraturan lalu lintas jalan raya demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Dengan pemantauan berterusan oleh Pengurusan Jambatan Penghubung Daerah Brunei-Muara ke Daerah Temburong dan juga dengan penggunaan CCTV, JPD dan PPDB selaku agensi-agensi penguatkuasa juga seterusnya membuat pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan secara kerap bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan jalan raya.

Berdasarkan pemantauan dan operasi pihak JPD dan PPDB, sejumlah besar para pemandu kenderaan didapati mematuhi peraturan-peraturan jalan raya semasa menggunakan Jambatan berkenaan seperti memandu dengan mematuhi had laju, tidak berhenti di tepi jalan tanpa sebarang sebab kecemasan, sentiasa memasang tali pinggang keledar, tidak menggunakan telefon bimbit semasa membuat perjalanan dan seumpamanya. Walaubagaimanapun dukacita, masih didapati segelintir pengguna yang melakukan kesalahan-kesalahan lalu lintas jalan raya semasa melalui Jambatan tersebut.

Dalam hubungan ini, pihak JPD dan PPDB mengingatkan orang ramai khususnya para pemandu kenderaan untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas jalan raya apabila menggunakan Jambatan Penghubung Daerah Brunei-Muara ke Daerah Temburong yang antaralainnya termasuk:

  1. Tidak memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan;
  2. Tidak membuat sebarang pengubahsuaian kenderaan sama ada dari segi reka bentuk dan sistem dalamannya daripada yang asal;
  3. Tidak menggunakan telefon bimbit termasuk sebarang alat elektronik mudah alih ketika memandu;

    Mengelakkan memandu dalam keadaan mengantuk;
  4. Mengelakkan memandu setelah memakan ubat yang boleh menyebabkan mengantuk;
  5. Sentiasa memasang tali pinggang keselamatan semasa memandu;
  6. Sentiasa bertolak ansur dan saling hormat menghormati sesama pengguna;
  7. Sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat;
  8. Sentiasa memastikan tangki minyak diisi dengan cukup sebelum membuat perjalanan;

    Sentiasa merancang perjalanan bagi memastikan keselamatan terjamin;
  9. Kenderaan berat Kelas 2 dan Kelas 5 mesti memohon permit sebelum menggunakan jambatan, mematuhi had berat dan had muatan kenderaan;
  10. Kenderaan berat perlu memastikan muatan yang dibawa adalah teratur rapi, kemas dan selamat mengikut garispanduan keselamatan;
  11. Mengurangkan had laju dan berhati-hati ketika memandu dalam keradaan cuaca buruk seperti hujan lebat, angin kencang dan berkabus;
  12. Semasa hujan lebat atau keadaan berkabus, pemandu dinasihatkan juga untuk memasang lampu kenderaan;

    Tidak dibenarkan untuk menunggang basikal di atas jambatan;
  13. Tidak dibenarkan untuk berhenti di atas jambatan; dan
  14. Tidak dibenarkan untuk berjalan kaki atau berlari di atas jambatan.

JPD, PPDB dan agensi-agensi penguatkuasaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat perniagaan yang menyalahi Peraturan dan Akta Jalan Raya yang berkuatkuasa pada masa ini. Sepertimana jua tindakan yang telah diambil berkaitan dengan satu video tular yang telah diterima daripada orang ramai mengenai insiden pada 24 April 2020 mengenai 19 buah kenderaan yang telah diubah-suai yang memandu dengan tidak mengikut peraturan lalu lintas. Pihak Pengurusan Jambatan Penghubung Daerah Brunei-Muara ke Daerah Temburong dan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) melalui JPD dan PPDB telah mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat. Pemilik-pemilik kenderaan tersebut telah disoal

siasat dan kenderaan tersebut telah diperiksa di Ibu Pejabat, JPD dan pemilik-pemilik kenderaan telah dikenakan kompaun di atas kesalahan yang dilakukan.

Orang ramai juga adalah diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan Jambatan dan juga alam sekitar amnya. Membuang sampah di merata tempat adalah satu kesalahan dibawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil Penggal 30 Bab 12 (Pindaan) 2006 yang boleh membawa hukuman kompaun tidak melebihi BND $500 dan sekiranya gagal membayar denda tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah, yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda BND $1,000 bagi kesalahan pertama dan kesalahan seterusnya didenda BND $3,000 dan dipenjarakan tidak melebihi 3 bulan. Baru-baru ini, pihak berkuasa yang berkenaan telah mengambil tindakan terhadap seorang individu yang didapati membuang sampah dari Jambatan Daerah Brunei-Muara ke Daerah Temburong.

Sebarang aduan berkaitan dengan lalu lintas jalan raya semasa menggunakan Jambatan Penghubung Daerah Brunei-Muara ke Daerah Temburong, orang ramai bolehlah menghubungi Talian Darusalam 123 atau melayari laman sesawang Talian Darussalam www.123.gov.bn atau melalui Aplikasi WhatsApp Talian Darussalam +6738333123 ditujukan kepada pihak Pengurusan Jambatan berkenaan dengan menyertakan gambar kenderaan terbabit. Kerjasama semua pengguna jalan raya adalah sangat-sangat diharapkan.

JAWATANKUASA PENGURUSAN JAMBATAN DAERAH BRUNEI-MUARA KE DAERAH TEMBURONG

Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam.

2 Zulkaedah 1441

24 Jun 2020


PRESS RELEASE


FOLLOW ROAD TRAFFIC REGULATIONS AND PROTECT THE ENVIRONMENT

Temburong District, Brunei Darussalam, Wednesday, 24th June 2020

Since the Jambatan Penghubung Daerah Brunei-Muara ke Daerah Temburong was opened for use on 17th March 2020, the country's citizens and residents and members of the public have benefitted from faster, convenient and safe travel from the Brunei-Muara District to Temburong District using their own vehicles without having to cross the border or going by boat.

The Land Transport Department and the Royal Brunei Police Force would like to remind the public and users of the Bridge - especially vehicle drivers - on the importance of abiding by road traffic regulations in order to ensure the safety and well-being of all.

With continuous monitoring by the Brunei-Muara–Temburong Bridge Management and also through the use of CCTV, the Land Transport Department and Royal Brunei Police Force as enforcement agencies have also carried out monitoring, patrolling and enforcement activities on a regular basis in the interest of ensuring adherence to the road and traffic laws and regulations.

Based on the monitoring by the Land Transport Department and Royal Brunei Police Force, the majority of vehicle drivers are seen to be abiding by the road traffic regulations whilst driving on the bridge such as driving within the speed limit, not stopping by the roadside without any emergency reasons, always wearing safety belts, and not using mobile phones while travelling, among others. Unfortunately, a small number of users have been found in violation of traffic offences while passing the bridge.

In this regard, the Land Transport Department and Royal Brunei Police Force would like to remind the public, specifically vehicle drivers, to always follow the road traffic regulations when using the Jambatan Penghubung Daerah Brunei-Muara ke Daerah Temburong, among which are:

  1. Not to drive exceeding the stated speed limit;
  2. Not to make any internal and external modifications to the original state of the vehicle;
  3. Not to use mobile phones including any portable electronic handheld devices whilst driving;

    Avoid driving in a tired and sleepy state;
  4. Avoid driving after taking any medications that may cause drowsiness;
  5. Always wear safety belt while driving;
  6. Be considerate and respectful to other users;
  7. Ensure that the vehicle is in safe and good condition;
  8. Ensure that there is adequate fuel in the vehicle before making the journey;
  9. Always plan your journey to ensure safety;
  10. Heavy vehicles of Classes 2 and 5 must obtain a permit before using the bridge, and must not exceed the vehicle weight and capacity limits;
  11. Heavy vehicle must ensure load is being carried properly and neatly following safety guidelines;
  12. Reduce speed and be careful when driving in bad weather conditions such as heavy rain, strong wind and fog;
  13. Drivers are advised to turn on the vehicle headlights during heavy rain and in foggy conditions;

    Cycling is not allowed on the bridge;
  14. Vehicles are not allowed to stop on the bridge; and
  15. Walking and running are not allowed on the bridge.

The Land Transport Department, Royal Brunei Police Force and other enforcement agencies will not hesitate to take stern action towards any individuals or businesses violating the Road Traffic Regulations and Acts currently being enforced. For example, the actions taken in relations to the viral video received from the public showing an incident on 24th April 2020 involving 19 modified vehicles who are driving against the road traffic regulations. The Brunei-Muara–Temburong Bridge Management and the National Road Safety Council through Land Transport Department and Royal Brunei Police Force have taken action on those who were involved. The vehicle owners have been questioned and their vehicles inspected at the Land Transport Department Headquarters, where vehicle owners were issued compounds on the offences made.

The public is also reminded to ensure the cleanliness of the bridge and the environment in general. Disposing or dumping rubbish in public places is an offence under the Minor Offences Act, Chapter 30, Section 12 (Amended) 2006, which carries a fine of not more than BND $500, and upon failing to settle the fine the defendant will be brought to court, whereby the first offence can be punishable with a BND $1,000 fine, while the second and subsequent offences can be punishable with fines up to BND $3,000 or imprisonment not exceeding 3 months. Recently, the relevant authority had taken action upon an individual who was caught disposing rubbish from the Jambatan Penghubung Daerah Brunei-Muara ke Daerah Temburong.

Any public complaints regarding road traffic on the Jambatan Penghubung Daerah Brunei-Muara ke Daerah Temburong can be made by contacting Talian Darussalam 123 or via Talian Darussalam website www.123.gov.bn or via Talian Darussalam +6738333123 WhatsApp Application, addressing them to the Bridge Management with photos of the vehicle(s) involved. The cooperation of the public is greatly appreciated.

JAWATANKUASA PENGURUSAN JABATAN DAERAH BRUNEI-MUARA KE DAERAH TEMBURONG

Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam.

24th June 2020

Attachments