Bersempena dengan memperingati Hari
Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia (WTISD) 2025, Pihak
Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam
(AITI) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran hari ini di Masjid
An-Na’im, Kg Panchor Mengkubau.
Hadir
pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia
Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan
dan Infokomunikasi selaku Pengerusi AITI.
Turut
hadir ialah Yang Mulia Ir. Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad
Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
(MTIC); Yang Mulia Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan
Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), MTIC; Yang Mulia Awang Haji Mohammad
Salihin bin Haji Aspar, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), MTIC;
dan Yang Mulia Awang Haji Jailani bin Haji Buntar, Ketua Eksekutif AITI.
Tetamu undangan lain termasuk Ahli-ahli Pihak Berkuasa AITI;
pegawaipegawai kanan dari MTIC dan AITI, serta wakil-wakil dari InfoCom
Federation Brunei (IFB), penyediapenyedia perkhidmatan telekomunikasi,
dan industri ICT.
Majlis
dimulakan dengan solat Sunat Hajat dan fardhu Asar berjemaah, yang
diketuai oleh Yang Mulia Imam Pg Hj Md Hafizuddin bin Pg Hj Bakar,
diikuti dengan bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran.
WTISD
disambut setiap tahun pada 17 Mei, untuk menandakan penubuhan Kesatuan
Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) pada tahun 1865 ketika Konvensyen
Telegraf Antarabangsa pertama ditandatangani di Paris, Perancis. Tujuan
WTISD diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kuasa
Internet dan teknologi lain dalam memperbaiki kehidupan serta merapatkan
jurang digital.
Tahun
ini adalah tahun ke-56 WTISD diraikan sejak tahun 1969. Tema bagi tahun
ini adalah "Kesaksamaan Jantina dalam Transformasi Digital (Gender
Equality in Digital Transformation)", yang menekankan keperluan untuk
memperkasa kesaksamaan jantina dalam bidang digital, agar wanita dan
kanak-kanak perempuan di seluruh dunia turut berpeluang meraih manfaat
serta menyumbang kepada transformasi digital.
(TAMAT)
AITI
adalah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi
pengawalseliaan untuk sistem dan perkhidmatan telekomunikasi dan pos;
mengurus spektrum frekuensi radio nasional dengan berkesan; melindungi
kepentingan pengguna dengan mempromosikan harga yang kompetitif dan
memastikan kualiti perkhidmatan; serta mengembangkan Industri ICT untuk
Negara Brunei Darussalam. Ia ditubuhkan pada 1 Januari 2003 melalui
Perintah AITI, 2001.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Pg Muhammad Hazimul Wa’ie bin Pg Hj Harun
Penolong Pengurus, Unit Perhubungan Korporat
Email: hazimul.harun@aiti.gov.bn
Tel: +673 713 7877
Laman Sesawang: www.aiti.gov.bn
Facebook / Instagram: aiti.brunei