1. Kementerian
Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta
agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Ibadah
Korban sempena dengan Sambutan Hari Raya Aidiladha bagi tahun
1446H/2025M pada pagi ini. Majlis berlangsung di Dewan Amar Pahlawan,
Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan dikelolakan
oleh Jabatan Perkhidmatan Pos, Negara Brunei Darussalam selaku penganjur
pada tahun ini.
2. Hadir
selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri
Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri
Pengangkutan dan Infokomunikasi serta isteri, Yang Mulia Datin Hajah
Mahayon binti Mohd Taha.
3. Majlis
dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Takbir beramai-ramai yang
dipimpin oleh Yang Mulia Awang Fariszal bin Ali, Penolong Kaunselor
Penjara. Majlis seterusnya diserikan dengan ceramah khas bertajuk
“Hayati Korban Dalam Kehidupan” yang menyentuh pengertian serta hikmah
ibadah korban dalam kehidupan seharian.
4. Pada
tahun ini, sebanyak enam (6) ekor kerbau telah dikorbankan dan
dagingdaging korban telah diagihkan oleh Yang Berhormat Pengiran Dato
Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri
Pengangkutan dan Infokomunikasi kepada penerima yang terdiri daripada
golongan asnaf fakir miskin (105 orang) di bawah tadahan Kawasan Mukim
Berakas A, Daerah Brunei Muara, anak-anak yatim (30 orang), Bahagian
Divisen 5 (30 orang) dan selebihnya kepada jemputan dan peserta korban
di bawah warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan
jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.
5. Turut
sama hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Ir. Awang Haji Mohammad
Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian
Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), Yang Mulia Awang Haji Hairul
Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap
(Infokomunikasi), Yang Mulia Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar,
Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Ketua-Ketua Eksekutif,
Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, pegawaipegawai kanan serta
pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan
Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensiagensi pihak
berkuasa di bawahnya.
Disediakan oleh:
Jabatan Perkhidmatan Pos
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
11 Zulhijjah 1446H / 9 Jun 2025