Sign In
Mobirise Web Builder

The 2nd Belt and Road Conference on Science and Technology Exchange (2nd BRST Conference) Chengdu, People’s Republic of China 10 - 12 Jun 2025

Jun 12, 2025
https://www.mtic.gov.bn/Images1/news/2025/Jun/12-BRST%20Conference/WhatsApp%20Image%202025-06-20%20at%2010.44.41.jpeg
Brunei Darussalam telah menyertai ‘The 2nd Belt and Road Conference on Science and Technology Exchange (2nd BRST Conference)’ yang berlangsung selama tiga hari mulai 10 hingga 12 Jun 2025 di Chengdu, Wilayah Sichuan, Republik Rakyat China, dengan delegasi negara diketuai oleh Yang Mulia Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC).

Persidangan kali kedua ini membawa tema "Together for Innovation, Development for All – Jointly Building a Scientific and Technological Innovation Community for the Belt and Road" yang menekankan kepentingan membentuk komuniti inovasi serantau yang inklusif, mampan dan berdaya tahan.



Dalam mesyuarat tersebut, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) telah menyampaikan ucapan yang antara lain menekankan kepentingan membina kepercayaan dalam pembangunan dan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI), serta keperluan untuk mewujudkan ekosistem digital yang selamat, beretika dan berasaskan nilai-nilai bersama. 

Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) juga turut berkongsi beberapa inisiatif negara dalam bidang digital termasuk Guide on AI Governance and Ethics for Brunei Darussalam serta penggubalan Personal Data Protection Order (PDPO) sebagai langkah ke arah pelaksanaan transformasi digital negara yang bertanggungjawab dan berorientasikan masa hadapan.



Di samping menghadiri sesi plenary persidangan,, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) turut mengadakan mesyuarat dua hala bersama Yang Berhormat Qiu Yong, Naib Menteri Sains dan Teknologi Republik Rakyat China. Pertemuan tersebut antara lain membincangkan potensi pengukuhan kerjasama dua hala dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI), khususnya dalam merealisasikan matlamat bersama di bawah kerangka inisiatif Belt and Road.

Penyertaan Brunei Darussalam ke dalam persidangan ini mencerminkan komitmen negara untuk terus menyokong usaha kerjasama serantau dan antarabangsa dalam memperkukuh ekosistem STI yang inklusif, bertanggungjawab dan mampan.



Disediakan oleh:
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam
Email: erc@mtic.gov.bn



Attachments
News