Sign In

Bengkel Pelan Strategik MTIC 2030 (MTIC 2030)

Jul 7, 2025
http://mtic-poc.cwh.gov.bn/Images1/news/2025/July/7-SP%20Workshop/WhatsApp%20Image%202025-07-14%20at%2013.56.20.jpeg
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) telah mengadakan Bengkel Merangka Pelan Strategik baharu MTIC 2030 pada 11 Muharram 1447 bersamaan 7 Julai 2025 bertempat di Dewan Amar Pahlawan, MTIC.  Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif strategik ke arah merangka hala tuju jangka panjang Kementerian dalam memperkukuh pembangunan sosio-ekonomi negara yang mampan dan penyampaian perkhidmatan sektor pengangkutan dan infokomunikasi yang lebih canggih dan inklusif, sejajar dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.

Bengkel dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan aluan oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.  Turut hadir ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Ketua-Ketua Eksekutif, Ketua-Ketua Jabatan, Bahagian dan Unit, serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.





Bengkel ini merangkumi beberapa pengisian utama termasuk taklimat mengenai perkembangan semasa dan perubahan landskap sektor (‘emerging developments’) yang disampaikan oleh Pejabat Pengurusan dan Antarabangsa, serta pembentangan mengenai jangkaan hasil utama (‘expectations and key outcomes’) oleh Bahagian Penyelidikan dan Strategi.  Bengkel tersebut juga merangkumi aktiviti-aktiviti utama yang telah difasilitasikan oleh Yang Mulia Ketua Bahagian Penyelidikan dan Strategi, MTIC. 






Hasil dari bengkel ini diharap akan dapat memperkukuh komitmen, kerjasama dan sinergi antara semua bahagian, unit, jabatan dan agensi di bawah MTIC dalam menyelaras perancangan strategik yang bersepadu, mampan dan berimpak tinggi demi memacu transformasi sektor pengangkutan dan infokomunikasi ke arah masa depan yang lebih progresif dan inklusif.



Attachments
News